loading...

Akhirnya Putrajaya luluskan penggunaan penapis haba kenderaan


PUTRAJAYA - Penggunaan filem penapis haba kenderaan kini tidak lagi dilihat sebagai aksesori tambahan. Sebaliknya ia lebih kepada keperluan pemilik kenderaan untuk mengurangkan kepanasan ketika memandu. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata, berikutan itu, kementerian melalui Jabatan Standard Malaysia sudah meluluskan sembilan Standard Malaysia (MS) baharu termasuk berkaitan filem penapis haba. 

Ia bagi memberi panduan kepada pihak industri dan orang awam berkenaan spesifikasi yang menepati spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

"Menerusi standard ini, orang ramai akan lebih mudah memahami spesifikasi yang ditetapkan JPJ dan mengurangkan kekeliruan antara penjual filem berkenaan dengan pemilik kenderaan. 

"Ia turut memberi panduan kepada individu yang membawa masuk kenderaan import ke dalam negara khususnya bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap," katanya, lapor Harian Metro

Madius berkata, MS itu menyokong Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larnagan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000 di bawah JPJ untuk membantu mengawal selia dan mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan cekap serta berintegriti. 

Ia juga bagi memenuhi keperluan pengguna, alam sekitar serta industri automotif negara.
from The Reporter
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close