Ingin memiliki anak dengan IQ yang tinggi tidak mustahil dengan sedikit usaha yang dibuat oleh ibu semenjak dalam kandungan lagi. Walau janin belum mengerti apa yang dibincangkan, tindak balas yang diberikan oleh ibu kepada anak yang dikandungnya, membuatkan wujud hubungan istimewa yang sukar difahami ini.
Apa yang boleh anda lakukan adalah laksanakan beberapa cara seperti berikut...
1.Ransang secara visual
Tidak sahaja pengambilan makanan yang sihat dapat menghubungkan otak janin, anda turut boleh jalinkan konsentrasi dengan mendedahkan diri anda menggunakan otak kanan. Ransangan seperti melihat gambar, memandang permandangan dan melukis akan membantu bayi merasakan apa yang anda rasa. Ketenangan daripada gambar tersebut akan merangsang peningkatan IQ bayi.
2.Baca Surah Al-Luqman
Kemampuan janin dalam kandungan yang mampu mendengar, melihat cahaya dan memberi respon melalui gerakan. Ia terjadi kepada janin berusia 23 minggu, meskipun kemampuan agak terbatas tetapi dia dapat membezakan suara ibu dan bapa. Ibu boleh mendengar muzik atau menghayati ayat suci al-Quran untuk dapatkan ketenangan. Antara kelebihan Surah Al-Luqman ini adalah: Barangsiapa yang membaca Surah Luqman; Nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit, terutamanya dari penyakit-penyakit perut.
Subhanallah... betapa besarnya kelebihan Surah Al- Luqman. Dalam Surah ini juga, Luqman al-Hakim telah berpesan kepada ibu bapa bagaimana cara untuk mendidik anak-anak.
3.Rangsang menggunakan cahaya
Cahaya yang redup yang didekatkan di perut ibu mampu merangsang bayi. Namun hindari menggunakan cahaya yang terlalu terang yang akan menganggu kenyamanan bayi. Jika ada gerakan yang ditimbulkan janin menunjukkan dia memberi tindak balas kepada anda.
4.Pilih pemakanan bernutrisi
Mengambil makanan yang sihat, modal utama dalam menjaga kesihatan bayi. Pilih makanan yang mengandungi tinggi lemak omega 3 dan DHA yang membantu dalam peningkatan perkembangan otak janin. Beberapa makanan membantu seperti, ikan tuna, salmon, dan ikan air tawar. Selain daging dan kuning telur sangat baik dalam memenuhi kebutuhan DHA.
5.Hindari Stres
Tekanan yang berlebihan akan memberi impak kepada kesihatan kehamilan. Untuk itu, kawal tekanan anda dengan baik. Anda dapat melatih tubuh dan fikiran untuk lebih bertenang dengan latihan pranatal atau yofa dapat mengurus tekanan. Keadaan ini akan membuatkan janin lebih rileks dan mampu meningkatkan kecerdasan anak anda.
Blogger Comment
Facebook Comment