loading...

Awas Abang, Bila Si Dia Datang Bulan!

Wanita akan berubah secara total apabila dirinya datang bulan, kadang-kadang membuatkan anda sukar meramal kerana ketika ini dirinya akan bersikap di luar kebiasaan. Rasa tidak selesa membuatkan buah hati anda inginkan perhatian yang lebih dari anda.

Sesetengah wanita tidak diserang senggugut ketika haid dan ada segelintirnya pula mengalami senggugut yang teruk seperti sakit pinggang yang panjang, tidak selesa di bahagian perut yang seterusnya  menyebabkan emosi menjadi tidak stabil dan cepat marah.

Fasa ini berlaku disebabkan oleh perubahan fisiologi yang berlaku pada tubuh seseorang wanita ketika dirinya datang bulan. Sebagai lelaki budiman, sebaiknya anda mempersiapkan diri untuk menghadapi fasa ini bersama si dia agar dia tidak bersendirian dan terbeban. Jom amalkan lima tip untuk tenangkan diri si dia setibanya PMS.

1. Jangan Lakukan Kesalahan

Perkara pertama yang harus kamu elakkan ketika si dia datang bulan adalah melakukan kesilapan-kesilapan kecil hingga menaikkan darahnya. Sebagai contoh kamu berjanji akan keluar makan malam bersama, namun disebabkan terlalu banyak kerja perlu diuruskan di pejabat, anda lewat tiba di tempat pertemuan. Perkara ini akan membuatkan hatinya dilanda perasaan amarah seterusnya harinya mendung sepanjang minggu.

2. Kawal Tutur Kata

Situasi datang bulan adalah situasi paling genting bagi sesetengah wanita, oleh itu jangan biarkan kata-kata kamu menghiris perasaan mereka. Kawal bicara agar dirinya berasa tenang. Berhati-hatilah dan jaga percakapan.

3. Fahamilah Dia

Wanita datang bulan sememangnya sangat sensitif  hingga membuatkan rasa tidak memahami keadaan dirinya yang sebenar. Mereka lebih gemar bercakap secara tersirat kala ini sehingga membuatkan kamu pening kepala memikirkan apa yang dirinya mahukan dari anda.

4. Turuti kemahuannya

Kebanyakan wanita akan berasa tenang apabila anda turuti segala kemahuannya ketika datang bulan. Mereka akan terasa dihargai apabila anda sanggup berkorban apa sahaja ketika dirinya sedang melalui saat-saat sukar seperti ini.

5. Kawal Emosi Anda

Setiap tinggal laku anda harus dikawal sebaik mungkin kerana ada sahaja yang tidak kena di mata pasangan. Jangan sesekali memarahi mereka kala ini kerana  dirinya dengan mudah akan menangis jika hatinya tersentuh. Tingkatkan kesabaran anda serta cuba berfikiran positif untuk hadapi saat-saat PMS.
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2m0awtI via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close