Golongan ibu yang bekerja memang tak punya banyak masa untuk mengemas dan menyiapkan kerja harian di rumah. Tapi ingat, tak semua kerja mampu dilakukan oleh perempuan sekali gus. Tambah masing-masing keluar cari rezeki, jadi kena bijak bahagikan sedikit kerja kepada pasangan dan anak-anak.
Kita adalah wanita biasa, kudrat yang Allah berikan cukup sesuai dengan badan. Berikan diri sedikit pilihan, kita juga perlukan masa rehat. Buat yang berkemampuan dari segi kewangan, boleh upah orang gaji bulanan atau harian untuk meringankan beban anda (mungkin seminggu sekali atau sebulan sekali). Agak tak mampu, minta suami atau anak-anak tolong sama.
Kalau anak masih kecil, anda boleh buat sedikit demi sedikit, asal bergerak. Jangan tangguh, nanti makin semak! Untuk tip lain, ikuti langkah ini...
CARA 1
Kemas 1 bilik atau ruang mengikut hari. (atur jadual ikut keselesaan anda). Jika anak-anak sudah besar, minta mereka bekerjasama, anak lelaki berilah kerja yang lebih besar dan anak perempuan yang lebih ringan.
CARA 2
Masak dalam kuantiti banyak, tetapi tidak membazir, supaya kita boleh bekukan, asingkan mengikut bekas, bantu anda menjimatkan masa dan tenaga. Nak senang bekukan sedikit masakan tengah hari, asingkan dan jangan diusik, jadi waktu malam dah tak perlu memasak, hanya perlu panaskan sahaja.
CARA 3
Kemaskan tempat yang berselerak dahulu, jangan biarkan, mana barang yang tidak perlu terus sahaja buang, jangan simpan lagi. Atau anda boleh kitar semula atau berikan kepada yang memerlukan. Lebih baik daripada terus menyemak di rumah.
CARA 4
Ajarkan anak-anak kita untuk menjadi ringan tulang. Jika kanak-kanak anda boleh beri kerja yang mudah, contohnya ajarkan mereka mengemas tempat tidur dan menyimpan barang permainan. Jika dah besar tu, biasakan mereka membantu kita di rumah.
In shaa Allah... dengan cara ini tidaklah isteri terlalu penat. Kalau semua di buat pada hari cuti, jadi bilakah masa untuk kita berehat?
from info psikologi http://ift.tt/2lzUmUk via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment