Jangan terlalu teruja bila berdiri depan, body nampak slim! Awas ya, itu belum tentu anda bebas daripada segala penyakit. Kadar kolesterol yang tinggi sering kali dihadapi oleh golongan obesiti atau memiliki berat badan berlebihan. Namun begitu tidak bermakna, badan kurus memberi jaminan 100 peratus anda tidak memiliki masalah kolesterol.
Mengapa individu yang memiliki badan kurus turut menghadapi masalah ini? Kolesterol adalah sejenis bahan berlilin atau dipanggil lipid yang diperlukan oleh badan untuk pelbagai fungsi, termasuklah bagi penghasilan sel-sel baru yang diperlukan oleh badan.
Perkara ini terjadi disebabkan oleh kurangnya sikap berwaspada tentang pengambilan makanan berlemak dan berminyak serta kurang melakukan aktiviti fizikal. Masyarakat berpendapat bahawa individu yang obes adalah cenderung mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
Kurus Bukan Jaminan
Kurus tidak bererti paras kolesterol anda sentiasa pada paras normal. Antara sebab-sebabnya ialah:
1. Pengambilan Makanan Yang Tidak Sihat
• Orang yang kurus biasanya tidak menahan rasa makan atau tidak mengawal pemakanannya.
• Mereka lebih suka memilih makanan segera berbanding daripada memilih makanan yang kurang berlemak, berminyak dan tinggi dengan sayur-sayuran. Termasuklah makanan yang banyak mengandung kolesterol tinggi seperti: makanan bersantan, marjerin, keju dan makanan segera.
2. Gaya Hidup Tidak Sihat
• Mengamalkan cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, meminum alkohol dan makanan ringan atau segera ketika menonton televisyen dalam tempoh waktu yang lama, bermain gajet dan handphone tanpa sedar menyumbang ke arah peningkatan kadar kolesterol dalam tubuh.
Lakukan Pemeriksaan
Bilakah waktu terbaik buat anda untuk melakukan pemeriksaan kolesterol. Kebiasaannya, pada usia 20 tahun, anda perlu berhati-hati dalam menjaga pemakanan.
Pada usia sebegini, setiap individu seharusnya melakukan pencegahan supaya tidak menderita dengan penyakit strok dan serangan jantung secara tiba-tiba.
Apa yang harus dilakukan?
a) Jaga kadar kolesterol - Caranya dengan hindari makanan tinggi kolesterol, trigliserid, lemak trans. Perbanyakan makanan lemak tidak tepu terutama omega 3 yang mampu melindungi jantung. Periksa kadar kolesterol setiap lima tahun sekali pada usia 20 tahun ke atas, seterusnya setiap tiga tahun sekali pada usia 30 tahun ke atas dan setiap tahun jika usia 45 tahun dan ke atas.
b) Hindari Merokok - Ini menjadi penyebab kepada risiko serangan jantung pada usia muda, selain kolesterol. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa 80 peratus penderita serangan jantung pada usia muda adalah di kalangan perokok.
c) Melakukan Aktiviti Fizikal
d) Hindari obesiti - Pengumpulan lemak akan menyebabkan peningkatan risiko diabetes, strok, jantung dan hipertensi.
Selain itu, cara masakan perlulah dipilih dan dijaga. Pilihlah cara masakan yang terbaik iaitu:
1. Mengurangkan penggunaan minyak
2. Elakkan mengambil makanan yang berunsurkan organ dalaman, bersantan, makanan yang bergoreng dan berminyak
3. Lebihkan masakan bakar, merebus, kukus
4. Kalau nak menumis gunakan minyak yang sedikit
5. Pilihlah makanan yang mengandungi lemak rendah seperti susu rendah lemak, susu skim, buah-buahan dan sayur-sayuran
6 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan
1. Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
2. Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
3. Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
4. Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
5. Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
6. Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.
5 Punca Kurus Tetapi Kolesterol Tinggi
1. Kurangnya senaman dan aktiviti olahraga bakal membuatkan orang kurus memiliki kadar kolesterol yang tinggi.
2. Tabiat pemakanan yang kurang sihat juga menjadi punca utama.
3. Hobi seperti bermain permainan video dan meluangkan waktu terlalu lama di Internet sambil makan juga menjadi penyumbang tanpa sedar.
4. Pengambilan alkohol juga menjadi pencetus kepada peningkatan kadar kolesterol bagi golongan kurus.
5. Kebanyakan orang kurus lebih cenderung untuk hadapi stres. Jadi berat badan tidak bertambah tetapi dalam masa yang sama mereka miliki kadar kolesterol tinggi.
from info psikologi http://ift.tt/2lmQgyn via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment