loading...

Jenis-jenis penipuan pelaburan di Malaysia.. Jangan Mudah Terpedaya Dengan Gambar Wang Ringgit dan Kereta Mewah

Duit
Gambar hiasan
 
 
Jangan Mudah Terpedaya Dengan Gambar Wang Ringgit dan Kereta Mewah
 
1) Pelaburan cepat kaya / skim cepat kaya
Pelaburan skim cepat kata adalah antara kes yang sering mendapat perhatian daripada mangsa di negara ini. Penganjur pelaburan skim cepat kaya sentiasa mencari peluang untuk menipu masyarakat. Walaupun pelbagai usaha telah diambil oleh pihak berkuasa untuk menangani kes pemipuan ini, namun masih ramai masyarakat yang menjadi mangsa dan terlibat dalam skim ini. Pelaburan ini menawarKan skim yang kononnya dapat menjana pulangan lumayan dengan cepat daripada jumlah pelaburan yang kecil dan tanpa risiko.

2) Pelaburan saham emas
Modus operandi skim pelaburan emas ialah pihak penganjur atau pengelola akan melantik wakil atau ejen untuk melaksanakan proses jual beli dengan pelanggan. Antara dua skim pelaburan yang wujud adalah menjual emas kepada pelanggan dengan harga lebih tinggi daripada pasaran untuk mendapat imbuhan secara bulanan dan jual emas secara 'Estimate Time Arrival' (ETA) yang mengenakan syarat pelanggan perlu membuat bayaran dahulu sebelum menerima emas dalam tempoh tertentu.

3) Pelaburan internet 
Internet membenarkan individu-individu atau syarikat-syarikat untuk berkomunikasi dengan kumpulan pengguna yang besar tanpa perlu menghabiskan masa, usaha dan duit yang banyak. Sesiapa sahaja boleh menemui beribu pengguna lain dengan membina laman web di Internet, mengepos pesanan ke papan buletin online, menyertai diskusi secara langsung dalam ruang chat atau menghantar e-mel secara kumpulan. Dengan kemajuan ini, pihak tidak bertanggungjawab akan mencari mangsa dan menggunakan medium ini untuk mendapatkan keuntungan dengan cara mudah.

Modus operandi:
  •  Menjanjikan pulangan tinggi bagi setiap pelaburan
  •  Menggunakan penglibatan orang yang berpengaruh atau mempunyai kedudukan dalam masyarakat
  •  Mengeluarkan surat kuasa palsu
  •  Memberi jaminan tiada risiko
  •  Membuat pelaburan dalam perniagaan
  • Membuat pelaburan dalam koperasi
Langkah-langkah elak penipuan pelaburan:
  • Semak dengan pihak berkuasa sebelum melabur
  • Jangan terpedaya dengan tawaran keuntungan tinggi
  • Elak pelaburan yang menjamin keuntungan tetap atau tinggi bagi satu pelaburan kecil
  • Berhati-hati dengan syarikat yang menjanjikan keuntungan besar dalam satu tempoh masa pendek
  • Berhati-hati dengan pelan yang menumpukan kepada membayar anda untuk melatih orang lain dan bukannya membayar anda kerana menjual produk atau perkhidmatan.
  • Jangan sesekali bersetuju menyertai sebarang pelaburan dalam keadaan mendesak
  • Pastikan anda mempunyai rekod prestasi syarikat tersebut.
  • Jangan beri maklumat kewangan atau peribadi sebelum anda memastikan kesahihan syarikat itu
Sumber: http://www.sinarharian.com.my
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close