loading...

Kalau Isteri Sarat Mengandung, 5 Kata-kata Ini Suami 'HARAM' Sebut

Orang perempuan bila tengah mengandung memang sensitif. Suami kena jaga kata-kata supaya hati isteri tidak terguris dengan ucapan yang mungkin tidak dimaksudkan tapi terkeluar dari mulut. Akibat perubahan hormon dalam badan, perempuan hamil cepat terasa hati. Tambahan pula membawa kandungan yang beratnya mungkin melebihi 5kg. Jadi kalau suami tak mahu mengganggu emosi isteri, elakkan daripada mengucapkan lima ayat ini...

1. “Besarnya perut, mesti bayi pun besar!”

Ayat ini mungkin boleh membuatkan isteri anda murung kerana bentuk badannya yang sudah berubah. Teguran suami mungkin disalah ertikan oleh isteri sebaiknya puji sahaja dan katakan pada isteri yang sedang kandungkan anak anda bahawa dia kelihatan lebih cantik dan berseri-seri ketika mengandung.

2.  “Betul ke nak pakai baju tu keluar nanti?”

Jika soalan anda begitu, pasti rancangan untuk keluar bersama akan terbatal kerana rajuk sang isteri. Ucapkan yang lebih manis seperti, “ Kalau sayang rasa selesa, pakai sahajalah baju itu.” Kan lebih mulia.

3. “Kenapa sayang dah kurang mesra?”

Kata-kata ini seakan menyalahkan isteri semata-mata. Jaga kata-kata lebih baik terus terang dan beritahu isteri bahawa anda rindu pelukan isteri tersayang. Sambil tu jangan lupa peluk terus isteri anda yang sedang sarat tu. Mesti mereka lebih bahagia.

4. “Jangan malas-malas sayang, mentang-mentanglah mengandung.”

Mungkin anda melontarkan kata-kata ini ketika melihat rumah yang berselerak dan tidak berkemas. Kena ingat isteri anda bukannya malas, tapi kerana perubahan dalam badan mereka, isteri jadi cepat penat. Daripada mengucapkan itu, cuba tukar dengan “ Sayang penat, ya? Meh abang urut.” Kan lebih sweet...

5. “Mama ni kuat betul membebelnya...”

Jangan diperlekehkan keluhan-keluahan wanita yang sedang sarat mengandung kerana itu boleh membuatkan mereka sedih dan keadaan ini dikhuatiri akan memberi kesan pada kesihatan bayi dalam kandungan. Lebih baik anda tenangkan saja isteri yang sedang membebel dengan menyuruhnya berehat atau segera melakukan apa yang isteri suruh.

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close