loading...

Tonglaaaa!! ... Kelantan galak suami berpoligami jika cukup syarat

Gambar hiasan sahaja | Google Images
KOTA BHARU, KELANTAN - Kerajaan PAS Kelantan mengalakkan suami yang memenuhi syarat mengikut tuntutan Islam untuk berpoligami, lapor Berita Harian

Bagaimanapun, mereka yang tidak memenuhi syarat berpoligami, memadai seorang isteri bagi mengelakkan timbul masalah dalam keluarga. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, dalam Islam matlamat perkahwinan itu untuk melahirkan zuriat yang berkualiti. 

"Di Kelantan kita galakkan berkahwin sama ada perkahwinan itu yang pertama atau kedua bagi yang layak. Mereka yang memenuhi syarat berpoligami penting luahkan (keinginan) di Mahkamah Syariah dan jangan buat tindakan kahwin di luar negara, tidak mengikuti adab atau saluran yang betul. 

"(Ini kerana) daripada perkahwinan akan ada zuriat. Jadi kita tidak mahu anak atau isteri dinafikan hak mereka," katanya semalam. 

Sebagai galakkan sebelum berpoligami, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri akan mengadakan kuliah atau program penerangan pendidikan rumah tangga. 

"Dalam hal ini, kita adakan kuliah termasuk motivasi dalam perkahwinan, dasar keluarga mawaddah dan galakkan untuk berpoligami bukan dalam bentuk duit tetapi memberi ilmu. 

"Kalau kamu (suami) tidak boleh berlaku adil, kahwin satu saja dan kalau (mahu berpoligami) sebagai tempat untuk memuaskan nafsu, itu bukan sasarannya," katanya.
from The Reporter
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close