loading...

Lelaki Harap Huruf ‘P’ Timpa Kepala Demi Wang

Seorang lelaki di Britain cuba mengambil jalan mudah untuk mendapatkan duit dengan cara menyaman sebuah pasaraya terkemuka.

Menurut laporan Mirror.uk, lelaki yang diketahui identitinya, dilihat berdiri selama empat jam dan berharap huruf ‘P’ daripada tulisan ‘Pharmacy’ jatuh menimpa kepalanya.

Jika perkara itu berlaku, lelaki berkenaan dipercayai mahu menyaman pihak pengurusan pasar raya tersebut, walaupun tindakannya boleh membahayakan nyawa sendiri.

Menerusi gambar yang dikongsi dalam laman media sosial, kelihatan lelaki berbaju biru berdiri sandar di dinding manakala huruf ‘P’ dilihat menunggu masa untuk jatuh.

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan. Namun, tindakan lelaki berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang menyifatkan lelaki itu bijak mengambil kesempatan dan berfikiran seperti ahli perniagaan kerana dapat menjana keuntungan mudah.

Tidak kurang juga ada netizen melabel lelaki berkenaan sebagai kurang cerdik kerana sanggup membahayakan diri semata-mata mahu mendapatkan duit.

SUMBER

from HANASUVA http://ift.tt/2lol5a6 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close