1. Jangan tinggalkan sarapan
Bersarapan setiap pagi patut jadi amalan setiap individu termasuklah anda yang sedang hamil. Jangan sesekali abaikan pengambilan sarapan ya. Pastikan menu sarapan anda mengandungi zat besi. Kekurangan mineral inilah yang menjadi punca anda letih. Untuk penyerapan zat besi yang baik, makan atau minum bersama dengan sesuatu yang kaya kandungan vitamin C.
2. Banyak minum air kosong
Amalan meminum air kosong yang mencukupi mengikut keperluan tubuh akan membantu tubuh kekal hidrat. Oleh yang demikian, anda kurang berisiko untuk mudah berasa penat. Untuk itu, anda digalakkan untuk minum satu gelas air setiap jam sepanjang berada di pejabat.
3. Makan sedikit tetapi kerap
Saiz hidangan makanan yang sedikit tetap diambil berulang kali membolehkan tubuh anda kekal bertenaga sepanjang masa. Kekerapan makan yang disarankan ialah sebanyak enam kali iaitu sarapan, minum pagi, tengah hari, minum petang, makan malam dan sebelum tidur. Untuk sesi makan selain waktu makan utama, jangan ambil makanan berat. Sebaliknya, ambil kudapan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mentah seperti lobak merah, batang saderi, tomato dan lain-lain.
4.Kerap mandi
Mandi dengan menggunakan air suam atau sejuk (mengikut keadaan persekitaran ketika itu), akan menjadikan tubuh rasa lebih segar. Dalam masa yang sama, amalan mandi dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Selepas pulang dari bekerja, nikmati masa mandi dengan berendam di dalam tab mandian berisi air suam. Jika tiada tab mandian, anda boleh juga mandi di bawah pancuran air suam.
5.Tidur dan rehat mencukupi
Salah satu punca anda mudah berasa letih di akhir tempoh kehamilan ialah kurang tidur di waktu malam. Ketidakselesaan yang dialami mengganggu waktu tidur anda. Untuk mendapatkan tidur yang lebih selesa, gunakan bantal peluk dan beberapa biji bantal lain. Dalam keadaan tidur mengiring, letakkan bantal-bantal berkenaan di bahagian belakang dan celah kaki.
from Kehamilan http://ift.tt/2l1eRtZ via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment