loading...

Nak Hubungan Lebih Mesra, Kerapkan Bersama Ketika Makan

Seminggu sekali? Dua kali? Atau tak pernah langsung. Cara ini bantu ibu ayah yang super sibuk rapatkan jurang dengan anak. Cuma dengan teknik makan malam saja.

Ajak Ahli Keluarga Pilih Menu Kegemaran
Bagi mama yang sibuk bekerja, pasti lebih mengetahui makanan kegemaran si kecil dan pasangan. Papa pula jangan lupa untuk turut membantu bagi memudahkan urusan mama di dapur.

Penting Pilih Kerusi Makan
Jika anda mempunyai anak yang masih kecil, gunakan kerusi makan khas untuk mereka supaya mereka dapat makan dengan lebih teratur dan tidak makan sambil bermain.

Masak Sama-sama  
Libatkan anak-anak dan pasangan dalam proses penyediaan makanan, ia bukan sahaja dapat mempercepatkan waktu makan anda, malah juga dapat mengajar anak-anak erti tanggungjawab di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang ada.

Doa Senjata Kemesraan
Setelah semuanya ada di meja makan, jangan lupa untuk berdoa bersama. Penting untuk anda menunjukkan contoh yang baik kepada si kecil selain untuk mendapatkan keberkatan dalam setiap rezeki yang ada.

Masa Makan Nilah Boleh Bermesra
Waktu makan adalah waktu yang sesuai untuk anda dan keluarga bertanya khabar tentang aktiviti harian. Papa dan mama boleh memulakan perbualan dengan pertanyaan ringkas mengenai aktiviti anak-anak. Secara tidak langsung, ketika makan anak-anak dapat mengadu dan bercerita tentang hari mereka.

Senduk Lauk Ke Pinggan Anak-anak
Tunjukkan kasih sayang dengan saling melayani antara anggota keluarga seperti mengambil lauk, menuangkan air dan sebagainya. Bagi yang mempunyai anak yang masih kecil dan belum boleh makan sendiri, suapkan mereka kerana dengan cara itu mereka pasti merasakan amat disayangi.

Jangan Bercakap Masa Makan
Waktu makan adalah masa yang sesuai untuk anda ajarkan anak-anak dengan etika di meja makan. Contohnya jangan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut, tidak mengunyah dengan mulut terbuka dan bersuara, tidak mengambil makanan yang jauh dari tempat duduk tetapi minta tolong diambilkan dengan mengucapkan terima kasih, gunakan tisu atau tuala pengelap mulut bukan dengan tangan. Ilmu sebegitu penting dan harus dimulakan dari rumah bagi mempersiapkan anak-anak untuk kehidupan masa hadapan.

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close