Saya mohon bantu saya atasi masalah poligami yang sedang saya hadapi sekarang.
Suami saya telah secara sembunyi berkahwin dengan kawan sekolah menegah. Ex-girlfriend dia pada akhir May 2015 kahwin di sempadan siam dan madu saya itu janda bercerai hidup ada 2 orang anak.
Sepanjang mereka berhubung sehinggalah mereka buat keputusan berkawin senyap-senyap, naluri saya semakin menebal. Pernah saya tanya suami perihal madu saya sebelum mereka berkawin sebab bekas teman lelaki madu saya call WhatsApp saya tentang suami saya ada hubungan dengan ex-girlfriend. Saya ingat orang main-mainkan saya. Sehinggalah dapat 1 gambar WhatsApp suami saya dengan madu saya, hati saya sedih kerana suami jadi orang tengah mengaku boyfriend baru madu saya.
Kenapa ganggu hubungan orang? Itu soalan yang saya tanya. Tapi suami meyakinkan saya yang dia hanya tolong kawan iaitu madu saya sekarang.
8 bulan mereka dapat sembunyikan perkahwinan dari pengetahuan saya, tapi naluri seorang isteri sangat kuat mengatakan ada sesuatu diantara mereka. Saya stalking Facebook madu saya, gambar profile dia ternyata membuka mata saya. Di saat saya mengandung 6 bulan ketika itu, saya bertanya kepada suami, apa maksud gambar itu. Sehingga 1 ayat tiba-tiba keluar dari mulut saya: "Abang dah kahwin dengan dia? Jawab dengan betul dan benar...!"
"Iya..."
Suami saya jawab sudah kawin. Hancur hati saya, selama 10 melayari bantera perkawinan susah senang bersama-sama, melahirkan 4 orang zuriat untuk suami, sanggup pindah kampung demi suami yang mencari rezeki. Akhirnya... saya diberikan madu yang sepahit hempedu.
Sudah setahun saya berperang dengan kebenaran bermadu dan usia perkawinan suami dan bini no. 2 hampir nak masuk 2 tahun. Tapi saya masih berperang dengan perasaan diri untuk tinggal bersama dalam hubungan. Poligami ini demi 4 orang anak-anak saya yang masih kecil dan perlukan bapa mereka.
Kami bukan orang senang, duduk rumah sewa, suami seorang yang berkerja. Saya suri rumah sepanjang masa, semua urusan anak-anak dan persekolahan, sakit ke pasar saya seorang yang buat, suami dapat bantu bila dia ada masa, selebihnya keluar mencari rezeki kerana keluarga suami saya dah besar.
Saya semakin jauh dengan suami sebab suami mula berubah sikap sejak saya tahu kebenaran bermadu. Perhatian kepada saya semakin hari semakin kurang, saya terpaksa fahami keadaan hidup kami yang baru, berkongsi kasih dengan perempuan lain. Sakit rasanya hati, saya bersusah payah percayakan suami keluar berkerja, rupanya masing-masing mengambil kesempatan.
Saya nak bawa diri, keluar daripada hubungan POLOGAMI ini, tapi saya yatim piatu, tiada tempat nak tuju. Anak-anak masih kecil, ada bayi yang menyusu badan. Kisah kami hidup berpoligami ni, tidak kami ceritakan kepada kedua pihak keluarga kami. Jadi stress saya tanggung sendirian. Kadang rasa cemburu iri hati yang tiba-tiba datang, waktu dalam kesusahan sendirian uruskan tanpa suami ada di sisi yang ketika itu giliran si madu.
Iya, kelebihan masa bersama suami saya dan anak-anak banyak yang dapat tapi tidak pada saya. Yang malam-malam di tinggalkan sendirian di rumah, tiada lagi kiriman wWhatsApp mesra manja dari suami saya yang dahulunya selalu saya dapat.
Semuanya disebabkan kehidupan bermadu ini. Indah ke dunia poligami ini? Tidak bagi saya yang serba serbi kekurangan dan saya disuruh terima apa yang berlaku dan teruskan hidup untuk masa depan.
Apa yang perlu saya buat? Terus kekal dalam hubungan poligami yang semakin hari memakan diri saya yang masih berperang dengan perasaan untuk redha dan demi anak-anak saya yang berumur 10,8,4 tahun dan 8 bulan atau keluar mencari kebahagiaan sendiri.
Keredhaan dan keikhlasan dalam poligami ini amat susah untuk saya buat.
Pesanan saya kepada anda di luar sana, jangan sakiti hancurkan perasaan seorang isteri kerana kesetiaan seorang isteri hanyalah kepada suaminya sahaja. Tolong jangan sakiti hancurkan kebahagiaan wanita lain.
Terima Kasih. Saya perlukan post yang positif untuk saya 'stay' atau keluar dari hubungan poligami yang amat menyiksakan ini.
from Peristiwa http://ift.tt/2lesapS via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment