BRAZIL - Seorang lelaki bernasib baik kerana masih hidup selepas kepalanya dihentak sebiji tayar yang tertanggal dari sebuah treler yang ditunda, lapor Mirror.
Terdahulu mangsa dilihat sedang berjalan bersama seorang wanita sebelum kepalanya dihentak tayar tersebut yang bergolek ke arah mangsa.
Selepas kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri. Beberapa orang awam yang berhampiran menyaksikan kejadian itu segera mendapatkan mangsa untuk memberi bantuan.
Kejadian dilaporkan berlaku di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil pada 17 Februari lalu.
Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan kepalanya mengalami luka. Mangsa kini berada di hospital dan dijangka terus hidup.
Rakaman kamera litar tertutup itu telah dimuat naik di laman YouTube dan telah ditonton lebih 14,400 kali. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2lohzvI via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment