loading...

Salah Pilih Pakaian Boleh Pengaruhi Emosi Anak. Jangan Main-Main Ya!

Pakaian cerminan diri seseorang dan tidak terkecuali kepada kanak-kanak. Jangan tersilap menggayakan pakaian, ia membuatkan anak lebih dewasa daripada usia sebenar. Tersilap memilih boleh mempengaruhi pembentukan emosi mereka apabila besar kelak.

Beberapa panduan ini mestilah digunakan apabila anda memilih pakaian untuk si manja.

1. Pilih fabrik ikut kesesuaian cuaca

Kebanyakan ibu bapa cenderung memilih fesyen pakaian yang cantik di mata mereka tanpa memikirkan kesesuaian dan keselesaannya kepada si anak. Kita perlu mengambil kira kesesuaian fabrik pakaian itu  dengan cuaca di negara ini.

2. Pakaian dari kain kapas adalah yang terbaik

Fabrik yang paling sesuai dipakai kanak-kanak dan cuaca panas di negara kita adalah kain kapas. Kain polyester yang panas tidak sesuai untuk kanak-kanak.

3. Elak pakaian terlalu ketat

Begitu juga dengan rekaan fesyen, bukan semua selesa dipakai oleh kanak-kanak. Jangan pakaikan mereka pakaian yang terlalu ketat dengan warna terang penuh bunga-bungaan. Ia seakan-akan membuatkan anak sukar bernafas.

4. Warna pastel sesuai dengan perkembangan positif anak

Pilihlah warna pastel yang lembut kerana warna terlalu garang tidak sesuai dengan perkembangan jiwa kanak-kanak dan cuaca kita. Dari segi hiasan seperti renda, kuntum bunga kecil, reben, poket dan butang juga boleh dijadikan hiasan baju kanak-kanak.

5. Silap pakai, anak akan menangis

Tahukah anda bahawa kesilapan memilih kain untuk dibuat pakaian kanak-kanak menyebabkan anak merasa kurang selesa, gatal, panas dan berat. Akibatnya mereka akan menangis apabila dipaksa memakai pakaian itu.

6. Pilih baju yang comel-comel sahaja

Baju yang sesuai untuk kanak-kanak ialah yang kelihatan comel apabila dipakai, berwarna cerah dan ringkas yang mana akan memberi kesan mereka kelihatan lebih sihat, bersih dan ceria dan tidak terseksa.  Pakaian seperti baju T, seluar panjang, skirt  atau gaun diperbuat daripada kain kapas memudahkan pergerakan kanak-kanak yang aktif.

Bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang paling comel. Mereka tak perlukan pelbagai aksesori tambahan yang merimaskan pada pakaian. Aksi spontan dan wajah ceria sudah cukup membuatkan sesiapa tengok akan geram.

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2kO6ZPR via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close