loading...

Ramai Tidak Tahu, 5 Jenis Pemeriksaan Kesihatan Ini Wajar Dilakukan Secara Rutin


Kesihatan sesuatu nikmat yang tidak ternilai dari Allah Taala. Tapi ramai yang tidak mengambil berat untuk membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan kesihatan sentiasa didalam keadaan baik.

Sebenarnya ini 5 pemeriksaan penting yang anda harus lakukan secara rutin.

1. Pemeriksaan Tekanan Darah, Kolestrol dan Gula Darah

Tiga pemeriksaan ini sangat penting untuk dilakukan secara rutin kerana memberi kesan yang besar pada tubuh badan. Serangan jantung dan penyakit pembuluh darah adalah dua jenis penyakit yang boleh dihindari dengan pemantauan tekanan darah, kolestrol dan kadar gula darah. Malah, ia juga boleh mengelakkan dari terkena stroke secara mendadak. Sewajarnya pemeriksaan ini dilakukan setiap setahun sekali melalui ujian darah.

2. Pemeriksaan Gigi

Gigi juga adalah bahagian sangat penting pada tubuh untuk dijaga rapi. Pemeriksaan gigi untuk membersihkan karang gigi, dan memeriksa samaada terdapat lubang atau kelainan pada gigi. Biasanya doktor menyarankan untuk melakukan pemeriksaan setiap 6 bulan sekali.

3. Pemeriksaan USG Payudara & Mamografi


Pemeriksaan Payudara juga menjadi perkara penting untuk dititik beratkan terutamanya bagi wanita kerana ini kanser payudara menjadi pembunuh terbesar wanita. Pemeriksaan sendiri payudara disarankan dilakukan setiap bulan pada hari ke-5 hingga ke-7 selepas waktu subur kerana waktu ini payudara tidak lagi mengeras. Manakala, pemerisaan USG payudara dan Mamografi perlu dilakukan di hospital apabila anda menemukan benjolan, atau sesuatu yang tidak normal pada payudara anda.

4. Pemeriksaan Pap Smear


Wanita yang aktif seksual sangat perlu melakukan pemeriksaan pap smear secara teratur. Pemeriksaan ini dilakukan dengan cara memeriksa sel-sel rahim untuk mengesan adanya infeksi atau sel-sel yang tidak normal yang boleh mendorong kepada penyakit kanser. Ia wajar lakukan setiap setahun sekali.

5. Pemeriksaan Tulang


Berbanding lelaki, wanita lebih mudah terdorong mengalami reput tulang atau Osteoporosis. Pemeriksaan ini sangat penting terutamanya bagi wanita yang berusia 35 tahun keatas dimana kepadatan tulang mengalami penurunan secara mendadak. Untuk mengenalpasti sebarang penyakit berkaitan, pemeriksaan ini wajar dilakukan setiap 3 tahun sekali.

Betapa pentingnya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.  Jika anda bimbang tentang kos pemeriksaan yang mahal, anda tak perlu risau kerana anda berpeluang untuk melalukan pemeriksaan secara percuma. Ya! PERCUMA.


Hanya hadir beramai-ramai ke Selangor Wellness Living Expo 2017 atau Ekspo Perlancongan Perubatan dan Kesihatan Terbesar di Negeri Selangor. Ini merupakan penganjuran terbesar untuk kali kedua.

Expo berlangsung dari 24-26 Februari 2017 bertempat di Setia City Convention Centre Malaysia dari jam 9 Pagi ke 7 Malam. Masuk adalah PERCUMA.







from Oh! Media http://ift.tt/2kO1ukp via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close