loading...

Rogol & Bunuh Eno Farihah, 2 Lelaki Dijatuhkan Hukuman Mati


Masih ingat lagi tentang pembunuhan kejam Eno Farihah pada tahun lalu? Mahkamah kelmarin telah menjatuhkan hukuman mati terhadap dua lelaki atas dakwaan merogol dan membunuh gadis malang itu menggunakan cangkul.

Rahmat Ariffn, 24 dan Imam Hapriyadi, 24 dijatuhkan hukuman mati oleh Ketua Hakim M Irfan Siregar, setelah terbukti mereka melakukan jenayah tersebut.

"Imam Hapriyadi terbukti melakukan pembunuhan itu, manakala Rahmat Arifin juga bersalah di kerana membunuh dan merogol mangsa. Oleh itu, kedua-dua tertuduh dijatuhkan hukuman mati," kata hakim di Mahkamah Tengerang, Rabu lalu.

Walaubagaimanapun, mereka yang mengaku tidak bersalah mendengar keputusan yang dijatuhkan mahkamah dengan tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Ketua Hakim berkata, beliau membuat keputusan menjatuhkan hukuman itu kerana perbuatan dua lelaki itu sangat kejam dan kedua-duanya tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa mengaku mereka berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan oleh majlis hakim.

"Alhamdulillah, keadilan ditegakkan," kata kakak mangsa, Dita.




Dalam kejadian Mei tahun lalu, Eno Farihah ditemui mati dalam bilik sewanya dengan kemaluan ditusuk dengan kayu cangkul.

Rahmat Arifin, Imam Hapriyadi yang merupakan teman lelaki mangsa, serta seorang remaja lelaki ditahan. Oleh kerana suspek remaja masih di bawah umur, dia dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun pada bulan Jun 2016 lalu.

Kredit: The Reporter from Oh! Media
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close