(TERKINI) Dato Red Buat Kenyataan Mengejutkan Ramai
Datuk Seri Adnan Abu memang terkenal dengan sikapnya yang suka mengurat wanita.
Namun setelah Adira hamil dan bakal melahirkan anak tidak lama lagi, Datuk Seri Adnan yang lebih popular sebagai Dato Red berjanji tidak akan melukakan hati isteri-isterinya.
Dia kini akui mahu memberi perhatian kepada anak-anaknya yang kini sudah memasuki empat orang, tiga orang hasil perkahwinan bersama isteri pertama yang dikenali sebagai Datin Red.
Malah lebih melegakan hati isterinya, Dato Red akui sudah berubah dan bertaubat.
Ini komennya:
"Kehidupan kami bahagia sekarang, saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mahu buat hal lagi yang menyakitkan hati mereka (Adira dan isteri pertama).
"Saya mahu beri perhatian kepada zuriat-zuriat saya yang sedang membesar kerana saya seorang yang terlalu sayangkan anak dan tidak sabar menunggu kelahiran anak keempat saya,"
Semoga hubungan Dato Red dan kedua-dua isterinya baik-baik sahaja.
Untuk pengetahuan, Adira dijangka bersalin pada bulan Mac ini. from Berita Memey
Blogger Comment
Facebook Comment