Setiap mak ayah tentu mahu anak mereka membesar menjadi seorang yang genius atau bijak. Ya benar ia mungkin mewarisi kebijaksanaan daripada genetik, namun kebijaksanaan si kecil boleh dipupuk sejak mereka kecil.
Apa yang boleh mak buat untuk merangsang kebijaksanaan anak anda? Ketahui 10 cara yang wajib ibu hadam.
1. Belajar Muzik
Belajar bermain alat muzik merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan santai dan mudah. Menurut hasil kajian Universiti Toronto, Amerika Syarikat, pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan prestasi si kecil anda di sekolah. malah semakin lama anak anda belajar bermain muzik, semakin jelas hasilnya boleh anda lihat. Oleh itu, dedahkan anak-anak dengan alat muzik atau lagu-lagu yang sesuai sejak mereka kecil untuk kecerdasan otak mereka.
2. Tingkatkan Kesihatan
Beberapa kajian membuktikan tahap kesihatan anak yang tinggi dapat mempengaruhi pelajaran mereka di sekolah. kanak-kanak yang sihat akan aktif di sekolah lalu meningkatkan keyakinan diri mereka, sentiasa bersemangat, dan dapat memupuk kepimpinan dalam diri anak-anak. Tingkatkan juga kesihatan mereka dengan amalan gaya hidup yang sihat.
3. Permainan Video Ada Baiknya
Ramai yang beranggapan permainan video yang banyak didapati dalam gajet-gajet boleh memudaratkan si kecil anda. Namun permainan-permainan video yang sesuai juga ada sisi baiknya. Yang penting anda bijak memilih permainan yang sesuai yang dengan usia mereka agar meningkatkan kreativiti, melatih cara mereka berfikir dan menguji kebijaksanaan si kecil. Terdapat kajian mendapati anak kecil yang bermain permainan video lebih berkemampuan menyelesaikan masalah dalam pelajaran di sekolah. Jadi tak salah memberikan anak-anak bermain dengan gajet selagi anda memantau penggunaannya. Sentiasa kemas kini aplikasi yang ada dalam gajet anak anda.
4. Elakkan Makanan Ringan
Seperti yang anda ketahui, makanan ringan tidak mempunyai khasiat, malah kebanyakkan boleh memudaratkan kesihatan bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah juga kepada orang dewasa. Kandungan gula yang tinggi, garam yang berlebihan dengan pewarna dan pengawet boleh mengakibatkan banyak penyakit. Berikan anak-anak anda makanan semulajadi yang sihat dan segar. Amalkan snek sihat seperti buah-buahan dan sayuran kegemaran mereka. Ia bukan sahaja meningkatkan kesihatan mereka malah membantu perkembangan otak anak membesar dengan bijak dan sihat.
5. Memupuk Rasa Ingin Tahu
Berikan perhatian terhadap minat anak, mengenalkan dan mengajarkan perkara-perkara baru kepada mereka tiap kali berkesempatan adalah cara mendidik si kecil anda di rumah mahupun di luar rumah, Contohnya ajak mereka membeli-belah bersama supaya mereka tahu cara penggunaan wang atau sebagainya. Semua ini merupakan cara yang baik sekali gus boleh diguna pakai untuk memupuk rasa ingin tahu anak-anak tentang kehidupan orang dewasa.
6. Membaca
Dalam dunia moden dengan peningkatan teknologi secara meluas, ramai yang mengabaikan pentingnya membaca. Membaca merupakan cara meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang yang paling berkesan. Membacakan anak-anak anda buku cerita yang menarik atau cerita dogeng kegemaran mereka, ajak ke perpustakaan pada hujung minggu atau ke kedai buku untuk menambah koleksi bacaan antara cara terbaik memupuk minat membaca si kecil anda.
7. Sarapan Pagi
Pastikan si kecil anda mengambil sarapan pagi mereka kerana seorang anak yang bersarapan akan memiliki ingatan yang lebih baik, dapat menumpukan perhatian di sekolah dan juga dapat belajar lebih cepat. Tidak perlu sarapan yang berat setiap hari, cukup sekadar segelas susu bersama sandwic atau bijirin sarapan yang dapat mengenyangkan mereka, itu sudah mencukupi untuk memulakan hari mereka dengan penuh bersemangat.
8. Permainan Menguji Minda
Selain permainan video, permainan menguji minda seperti catur, teka silang kata, Sudoku atau permainan lain yang dapat merangsang otak boleh anda berikan kepada anak-anak anda. permainan sebegitu dapat memupuk cara mereka berfikir secara bijaksana dan meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah.
9. Menghafal Dan Belajar Perkataan Baru
Ajarkan anak-anak anda dengan perkataan baru setiap hari yang sering diguna pakai dalam kehidupan seharian atau mintalah mereka menghafal kamus atau menghafal sifir. Hal tersebut dapat membantu meningkatkan kecerdasan otak anak-anak kecil anda.
10. Beriadah
Tutup televisyen dan ajaklah anak anda keluar beriadah di taman atau bermain bola dan sebagainya. Galakkan mereka dengan cara hidup yang sihat kerana badan yang sihat membuatkan otak si kecil bertambah cerdas.
Blogger Comment
Facebook Comment