loading...

4 Diy Mainan Untuk Perkembangan Motor Halus Anak

Foto: Google

Si kecil belajar sambil bermain, malah perkembangannya juga disokong dengan aktiviti bermain. Jom mama buat sendiri 4 jenis mainan untuk perkembangan motor halus anak. Buat sendiri lebih jimat & anda tahu apa bahan yang digunakan.

 

KINETIK SAND

BAHAN-BAHAN

5 cawan pasir

1 cawan + 3 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu teh cecair  pencuci pinggan

1 cawan air

½ sudu the minyak tea tree

 

CARA-CARA

1.Masukkan pasir ke dalam bekas.

2.Gaul bersama dengan tepung jagung.

3.Sebatikan air dan cecair  pencuci pinggan kemudian curahkan ke dalam pasir. Gaul rata.

4.Simpan dalam bekas yang bertutup.

MANFAATNYA KEPADA SI KECIL: Bermain pasir boleh merangsang motor halus si manja. Mama dan papa boleh buat sendiri. Tambahan pula ia mudah dibersihkan dan anda tidak perlu membawa anak keluar rumah untuk bermain pasir.

 

DOH MAINAN

BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung

1/4 cawan garam

1 sudu besar cream of tartar

1 sudu besar minyak masak

3/4  cawan air panas mendidih

Pewarna makanan hijau, kuning, merah jambu.

 

CARA-CARA

1.Panaskan air.

2.Sementara itu gaulkan bahan-bahan kering.

3.Kemudian masukkan minyak masak dan air panas berselang-seli.

4.Uli sebati dan bahagikan kepada tiga bahagian.

5.Titikkan perwarna makanan uli sehingga perwarna rata.

6.Simpan di dalam bekas kedap.

MANFAATNYA KEPADA SI KECIL: Melembutkan otot jari dan tangan anak. Selain itu ia memudahkan mereka menguasai kemahiran pra menulis seperti memegang pensel, menggunting dan sebagainya.

 

WARNA AIR BUATAN SENDIRI

BAHAN-BAHAN

½ cawan tepung

½ cawan garam

½ cawan air

Pewarna makanan biru, jingga dan merah

 

CARA-CARA

1.Campurkan tempung dan garam.

2.Kemudian masukkan air. Kacau sebati.

3.Tuangkan kepada tiga botol plastik berasingan.

4.Masukkan pewarna secukupnya dan kocakkan sehingga sebati.

5.Sedia untuk digunakan.

MANFAATNYA KEPADA SI KECIL: Selain mengasah kreativiti menstimulasi imaginasi anak,  melukis dengan warna air juga merangsang perkembangan otak dengan mencetuskan stimulasi visual dan sentuhan. Latihan yang bagus untuk motor halus.

 

CECAIR BELON BUIH

BAHAN-BAHAN

4 cawan air

1/2 cawan cecair pencuci pinggan

½ cawan gula

 

CARA-CARA

1.Masukkan air dan gula ke dalam sebuah mangkuk. Kacau sehingga gula hancur.

2.Tuangkan cecair pencuci pinggan dan kacau perlahan. Jangan sampai berbuih.

3.Siap untuk digunakan!

MANFAATNYA KEPADA SI KECIL: Menajamkan koordinasi tangan-mulut  serta mengggalakkan penggunaan otot mulut ketika meniup.

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2nBkqmj via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close