loading...

Sistem Suria. Adakah bumi sebagai pusat cakerawala ataupun mengelilingi matahari? (Bahagian 1)

Artikel ini ditulis untuk pengetahuan kita bersama. Bersama-samalah kita berlapang dada untuk membacanya. Bukanlah mereka yang percaya model heliosentrik iaitu bumi berputar mengelilingi matahari ini sebagai si penyembah matahari dan pengikut tegar illuminati, dan bukanlah juga mereka mempercayai model geosentrik iaitu bumi sebagai pusat cakerawala ini seorang yang jahil.

Pokok pangkalnya, kedua-duanya adalah ilmu dan salah satunya diterima pakai. Hakikatnya pula, tiada yang bersalahan dari kitab suci Al-Quran yang suci dari segala salah dan silap. Hanya kita, sebagai manusia yang sentiasa lemah dalam mentafsir.

Perkembangan Saintifik Bidang Astronomi

Perbahasan ini telah lama diketengahkan sejak zaman Greek Kuno sehinggalah permulaan Renaissance (revolusi Copernican) dan zaman Fizik moden. Nama-nama terkenal falsafah Greek Kuno seperti:

Pythagoras (580-500BC): Mencadangkan Matahari, Bumi, Bulan dan bintang berbentuk sfera dari pemerhatian beliau sewaktu gerhana bulan.

Heraclitus (540-500BC): Memperkenalkan bintang-bintang ‘dinyalakan’ setiap malam dan matahari pula ‘dinyalakan’ setiap pagi umpama lampu minyak tanah.

Plato (427-347BC): Mengenengahkan pembentukan geometri adalah suatu asas kepada kebenaran dan menerangkan bagaimana kosmos bergerak.

Aristotle (384-322BC): Mempaksikan kewujudan bumi berada di tengah cakerawala dan planet-planet dan bintang-bintang bergerak mengelilinginya secara orbit membulat.

Eudoxus (408-355BC): Mencatatkan dengan rapi buruj-buruj utara.

Hipparcus (190-120BC): Menyusun bintang kepada 6 susunan mengikut pencerahan.

Adalah menjadi suatu kebiasaan sejak zaman dahulu lagi manusia terima bumi sebagai tetap dan berada ditengah-tengah cakerawala. Namun sebahagian pemikir luar biasa seperti Aristarchus (280BC) yang pernah menafikannya tetapi hujahnya tidak didengari. Namun Ptolemy (100-170AD) dari Alexandria, Mesir telah memberi nafas baru kepada model cosmologi Aristotle dengan menjadikan aturannya sejajar (Bulan, Utarid, Zuhrah, Matahari, Marikh, Musytari, Zuhal dan bintang-bintang) dan orbit yang tetap. Sistem Ptolemaic ini mendominasi astronomi selama 1400 tahun lamanya.

Ilustrasi sistem Ptolemaic yang dilukis oleh Bartolomeu Velho, Kartographer daripada Portugis

Selepas terjatuhnya empayar Greek, bidang ini ditambah maju oleh peradaban Islam pada sekitar tahun 622AD selama 800 tahun lamanya. Pengembangan ilmu pengetahuan ini bertambah rancak apabila teks-teks astronomi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Keperluan menetapkan arah kiblat juga merancakkan lagi ilmu trigonometry sfera, fungsi trigonometry, aljebra, dan jam. Tokoh-tokoh tersohor Islam seperti Al-Battani (850-929AD), Ulugh Beg (1394-1449), Al-Farghani, Al-Biruni (973-1050), Ibnu Al-Syatir (1404-1375), Ibnu Haitham dan banyak lagi telah banyak menyumbang kepada ilmu astronomi ini. Pelbagai sumbangan mereka telah dibincangkan dalam pautan dibawah ini:

http://ift.tt/2nWel57
http://ift.tt/2njEk3c
http://ift.tt/2nWedSZ

Salah satu ilustrasi daripada pengkajian Al-Biruni terhadap ilmu astronomi. Gambar ini menjelaskan berkenaan fasa bulan yang berlainan disebabkan kedudukan matahari. Al-Biruni mencadangkan bahawa bumi juga berputar pada paksinya supaya ia sama seperti teori astronomi

Perubahan daripada Geocentric kepada Heliocentric

Sehinggalah pada tahun 1543 apabila penerbitan ‘On The revolution of the Heavenly Spheres’ pada tahun kematian penulisnya Nicolaus Copernicus mencorakkan pemikiran Earth-Centered Universe kepada Sun-Centered Universe. Ini disebut sebagai Copernican revolusi dalam ilmu astronomi walaupun pernah dicadangkan oleh Aristarchus sebelum ini.

Ilustrasi daripada Andreas Cellarius’s yang menulis berkenaan Sistem Copenican dimana matahari terletak dibahagian tengah

Kemudian, muncul pula Tycho Brahe (1546-1601) yang berpegang kembali Earth-Centred universe. Pembantunya, Johannes Kepler (1571-1630) telah menjadi pengganti Tycho Brahe. Dengan ilmu matematiknya yang jitu dan tepat, beliau dapat mengira pergerakan orbit untuk setiap planet dan beliau dapati orbit untuk setiap planet berbentuk membujur.

Model Hypothesis model Geosentrik(pada panel di atas) berbanding dengan model Heliosentrik(pada panel di bawah)

Tiga hukum Kepler untuk pergerakan planet telah diterima pakai termasuk Galileo Galilei (1564-1642), Isaac Newton (1642-1727) dan sehingga sekarang.

Tiga hukum Kepler menyatakan:

1) Orbit setiap planet adalah membujur, dimana matahari adalah diantara dua titik fokusnya.
2) Garisan yang menghubungkan planet dan matahari ‘menggores’ keluasan pada kadar yang sama ketika mana planet bergerak pada orbitnya.
3) Kuasa dua tempoh revolusi planet bersamaan dengan kuasa tiga paksi semi-major sesebuah orbit.

Dengan terbitnya ketiga-tiga Hukum Kepler ini, kita boleh lihat bermacam-macam aspek pada pergerakan setiap planet.

1) Oleh kerana orbit yang membujur ini, jarak antara matahari dan planet-planet lain (begitu juga bulan dan bumi) sentiasa berubah. Ada kalanya, planet berada berdekatan dan ada kalanya berjauhan.
2) NASA menggunakan hukum ini untuk meramalkan kedudukan satelit pada setiap masa. Ia juga menunjukkan planet akan bergerak lebih laju apabila berdekatan matahari dan paling perlahan ketika mana jaraknya jauh dari matahari.
3) Tempoh masa orbit untuk setiap planet mengelilingi matahari menaik secara drastik dengan jejari orbitnya.

Galileo terkenal dengan teleskopnya, namun Issac Newton berjaya merungkaikan permasalahan abad ke-17 , iaitu bagaimana planet mampu bergerak dalam suatu orbit yang kukuh walaupun pada jarak yang sangat jauh tanpa berlanggar.

Pada tahun 1687, Newton menerbitkan definasi graviti dalam matematik dalam Philosophiae Naturalis: Principia Mathematica. Dengan teorinya, penarikan graviti ini mampu memperjelaskan lagi ketiga-tiga Hukum Kepler tersebut dengan jayanya. Hukum Newton juga ada tiga:

1) Suatu objek akan kekal rehat atau bergerak sekiranya tiada sebarang daya luar yang ‘mengganggunya’.
2) Kedua: Daya yang dikenakan keatas objek berkadar terus dengan pecutan.
3) Ketiga: Setiap tindakan daya keatas suatu objek, terdapat tindak balas yang sama tetapi bertentangan.

Ketiga-tiga hukum ini ada diperjelaskan dibahagian pembentukan orbit dibahagian seterusnya.

-hamba yang terhad pengetahuannya, HA-

Rujukan:

Martin Rees (2005). Universe. Dorling Kindersley Ltd. London, UK.
Isaac McPhee (2011). The Bedside Book of Physics . Quid Publishing, England.
Bill Gunston (2004). The Cambridge Aerospace Dictionary. Cambridge University Press, US.

Rujukan Tambahan:

From Geocentrism to Heliocentrism

Geocentrism: Was Galileo Wrong?

What Is The Geocentric Model Of The Universe?

What Is The Heliocentric Model Of The Universe?

http://ift.tt/1OOgh7w

Gambar-gambar diambil dari:

http://ift.tt/2njyU8e

What Is The Difference Between the Geocentric and Heliocentric Models of the Solar System?

Heliocentric Vs Geocentric

from Root of Science http://ift.tt/2njJgoD via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close