loading...

7 Tanda Dia Suami TERBAEK UNTUK ANDA, Anda RUGI BESAR Kalau Tak Amek Tau ..

Waktu mula-mula berkahwin, macam-macam harapan anda letakkan pada rumah tangga yang baru dibina. Sayangnya, belum sampai sebulan belang suami sudah kelihatan.
Anda tak puas hati kerana dia berbeza dengan apa yang anda impikan. Dia bukan lelaki yang anda cari-cari selama ini. BERTENANG!

Fasa awal perkahwinan sememangnya begitu, dalam mencari titik persefahaman anda berkonflik nak memahami perangai lelaki yang baru bergelar suami anda. Percayalah sebenarnya dia pun rasa yang sama.
Beri masa pada diri anda sendiri untuk belajar mengenal sikap sebenar suami. Selami dan cari apa kelebihannya dan di mana sisi hebat dirinya. Masih tak jumpa juga? Ini panduannya:

Tutur Katanya Tak Menyakitkan Hati

Bila berkahwin, maknanya suami anda tidak hidup sendirian. Dia pun ingin tahu pendapat isteri dia. Sebab itulah dia bercakap elok dengan anda, buat lawak hinggakan kadang-kadang anda berdua tidak tahu bila masa anda berdua diam.

Dia Tak Pernah Jauh

Bila dekat dengan anda, hati dia senang. Cuba perhatikan bila anda hilang dari pandangan mata dia. Mesti dia akan tanya berkali-kali. Jadi, tiap kali suami dengan anda, dia tidak mahu masa terbuang begitu saja. Jika anda kemas rumah dan dia hanya memerhatikan pun dah kira cukup baik. Ini belum lagi termasuk tengok televisyen bersama.

Dialah Maharaja Lawak Dalam Hati Anda

Kalau duduk  dengan dia, ada sahaja cerita yang lawak dan boleh tarik perhatian anda. Bila anda rasa sedih, dia tahu bagaimana nak kembalikan mood ceria anda itu.

Sokongannya Bukan Kepura-puraan

Ketika susah dan senang, dia sentiasa dengan anda. Suami yang baik adalah suami yang sentiasa buat anda rasa bahagia.

Kesetiaannya Tak Berbelah Bagi

Pantang tengok wanita cantik mulalah mata menjeling. Tapi suami yang hebat hanya sekadar kagum sahaja sebab dalam hati dia hanya anda yang terbaik untuk dia.

Akui Kesilapan, Ikhlas Memohon Maaf

Tidak semua ketua keluarga ini betul, Ada masanya, dia membuat salah dan kesalahan yang dia lakukan diakui dengan betul dan janjinya tidak akan ulangi lagi. Itulah yang anda harapkan pada suamikan.

Dia Suami Prihatin

Suami anda sentiasa pastikan keselamatan dan kesihatan keluarganya. Bila kerja di luar kawasan, pesanan supaya pintu rumah terkunci tak lekang di bibir. Begitu juga dia kerap bertanya khabar, beritahu sudah sampai dan sebagainya. Inilah keutamaan dia untuk anda dan anak-anak.
Kadang-kadang bila suami lakukan perkara ini sudah cukup membuatkan dia mendapat gelaran suami yang hebat. Jadi hargailah suami anda. Dialah yang terbaik untuk anda.


Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close