Pada tahun 2011 Allahyarham disahkan menghidap penyakit Alzheime. Sejak itu tersebarnya berita tidak benar kononnnya Jins sudah meninggal dunia.
Kami ingin kongsikan beberapa fakta istimewa tentang Allahyarham yang ramai tidak
tahu.
1. Anak kelahiran Taiping, Perak
Jins atau nama sebenarnya Mohamed Zain Shamsuddin yang dilahirkan di Taiping, Perak pada 3 November 1935.2. Sangat rapat dengan kakaknya bernama Hazizon
Wanita itulah yang dijadikannya sebagai tempat mengadu sehinggalah Hazizon mendirikan rumah tangga, Jins mula berasa hidupnya sunyi apabila dia terpaska berpisah dengan kakaknya itu.3. Mula muncul sebagai hero dalam filem Panca Delima
Sekian lama merantau, keluarganya terkejut apagila Zain menjadi Jins Shamsuddin dan muncul sebagai hero dalam filem Panca Delima (1957).4. Beliau seorang yang bersungguh-sungguh dalam lakonan
Dia pada mulanya diberi peranan kecil dalam filem Keadilan Ilahi dan Anakku Sazali namun atas ketekunannya itu, P. Ramlee menawarkan dia menerajui Pancha Delima pada 1957 sebagai pelakon utama.5. Beliau sangat sayangkan peminat
Beliau sanggup menyimpan berpuluh ribu surat yang dikirim oleh peminat kepadanya dan ia disusun rapi menikut abjad dari A sehingga Z.6. Beliau seorang yang sentiasa tampil kemas
Menurut isterinya, suaminya sentiasa berpakaian kemas dan berkemeja. Penampilannya begitu tertib dan sentiasa menjaga ketokohannya sebagai bintang filem ternama.7. Pernah berkahwin tiga kali
Perkahwinan pertama Jins ialah dengan seniwati Rahmah Rahmat dan dikurniakan seorang anak, Jafri. Namun dua tahun kemudian berpisah kerana campur tangan ibu mertuanya.Pada usia 23 tahun, ada laporan mengatakan Jins berkahwin dengan soerang wanita bernama Jamilah Shukor, namun ia tidak didedahkan kepada umum. Juga dikurniakan seorang anak, Putera Hang Tuah @ Shazrin.
Pada 12 Julai 1986, Jins secara rasmi berkahwin dengan Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim.
8. Menerima darjah Panglima Setia Mahkota pada tahun 2007
Beliau dikurniakan darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri pada 2007 dan pada 2009, kerajaan memberikan Anugerah Seniman Negara, sebuah pencapaian tertinggi untuk anak seni.Kredit: Mstar.com.my
Blogger Comment
Facebook Comment