loading...

'Ada perbezaan antara bunuh dengan pemanduan menyebabkan kematian' - Peguam


PUTRAJAYA - Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Hamid semalam menjelaskan bahawa, pemandu remaja berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, tidak dapat didakwa atas tuduhan membunuh. 

Jelas Nik Ros lagi, dakwaan itu tidak dapat dilakukan kerana tindakan remaja itu tidak berniat untuk membunuh. 

Ekoran kenyataan itu, netizen yang kurang arif mengenai sistem perundangan di negara ini mula mempertikaikan dan memperlekehkan Polis Diraja Malaysia secara terbuka di media sosial. 

Peguam, Nor Zabetha, berkata, terdapat perbezaan antara bunuh di bawah Kanun Keseksaan dengan pemanduan yang menyebabkan kematian.

"Sekiranya seseorang membunuh secara sengaja, dia akan disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi bagi kes kemalangan tertuduh akan disabitkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. 

"Bagi kes ini lebih sesuai di bawah Seksyen 41 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan dibaca bersama dengan Seksyen 44 memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol. 

"Tetapi untuk mendakwa dia dengan kesalahan membunuh memang tidak tepat dan tidak memenuhi elemen kesalahan bunuh di bawah Kanun Keseksaan Jenayah.

"Saya faham, kadang-kadang netizen tak faham undang-undang. Kalau tak menepati elemen dan didakwa di mahkamah, tertuduh akhirnya akan dibebaskan tanpa sebarang hukuman." jelasnya. 

Justeru, netizen dinasihatkan bersabar dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis. Sebaiknya, beri ruang dan kepercayaan kepada polis untuk menyiasat kes ini. - The Reporter

Artikel berkaitan: 
from The Reporter http://ift.tt/2mvmeKs via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close