loading...

Anak Sulung Mula Rasa Cemburu Dengan Kehadiran Adik Baru. Ini Cara Atasinya.

Sindrom anak sulung rasa cemburu dengan kehadiran bayi baru dalam rumah ini adalah normal.  Namun begitu tidak bermakna ibu bapa boleh biarkan sahaja tanpa perlu mengambil inisiatif untuk perbaiki keadaan. Ini kerana kalau di biarkan makin lama anak sulung akan terus memberontak dan ada kalanya boleh sampai menguji kesabaran anda daripada masa ke semasa. Akibatnya dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan emosi dan psikologi si anak. Hal ini memanglah mencabar dan perlukan inisiatif dan tanggungjawab daripada anda. Berikut adalah perkara yang boleh dipraktikkan untuk menanganinya.

 

1.Adil

Berikan sama rata apa jua material dan perhatian kepada si manja sulung  dan adiknya. Misalnya untuk hadiah hari jadi dua-dua akan dapat hadiah dan dua-dua juga diraikan. Jangan pula hari jadi adik baru yang setahun disambut meriah dan besar-besaran sedangkan hari jadi si manja sulung hanya makan-makan di rumah bersama keluarga.  Ini jelas tidak adil dan mungkin akan menimbulkan ketidakpuasan hati anak sulung anda!

 

2.Peruntukkan masa untuk setiap anak

Cuba bahagikan masa yang anda luangkan untuk setiap anak, secara seimbang. Memang benar adik masih kecil perlukan perhatian yang lebih tetapi itu tidak bermakna anda perlu abaikan sahaja anak pertama. Dia akan rasa terabai apabila segala perhatian hanya untuk adik. Jadi walaupun agak sukar untuk bahagikan sama adil anda perlu juga lakukannya. Masa anda dukung si kecil atau sedang bermain-main dengannya mungkin boleh mengajak sama abang atau kakak bermain sama. Bercakap-cakap dengannya dan memujinya.  Si manja sulung pasti akan rasa lebih di hargai.

 

3.Sedar akan tanda-tanda awal

Anda harus peka dan prihatin dengan perubahan anak sulung. Sekiranya tiba-tiba si manja murung, tidak banyak cakap dan buat hal sendiri dia mungkin sedang terasa dengan anda atau sangat perlukan perhatian anda. Ada juga anak yang akan meraih perhatian dengan buat perangai yang buat anda marah. Itu juga anda harus ambil perhatian.  Paling mudah untuk anda tarik perhatian si manja sulung ini ialah mengajaknya membantu anda. Tapi bukan bantu uruskan adik kerana itu akan buat si manja lebih marah lagi sebaliknya bantu anda melakukan kerja-kerja rumah. Misalnya membantu anda memasak dan sebagainya. Sekurang-kurangnya anda dan dia dapat meluangkan masa bersama-sama dan si manja pasti akan gembira. 

 

4.Bijak guna masa

Masa terhad di rumah menjadi kekangan untuk anda memberikan perhatian kepada setiap anak. Manfaatkan masa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke tadika atau semasa makan untuk bertanya tentang perkembangan terkini dirinya. Misalnya tentang apa yang dia makan di sekolah, kawan rapatnya hadir ke sekolah atau tidak dan sebagainya. Hal ini menunjukkan anda berminat kepada dirinya dan dia rasa tidak terabai.

 

5.Cuba empati

Letak diri anda pada kedudukan si kecil. Dengan ini anda boleh merasakan jika dia sedang cemburu, menjauhkan diri dan sedih dengan tindakan anda. Dengan ini anda boleh mengesan perubahan dirinya dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang mencetuskan sindrom ini.

 

 

 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2ncHckg via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close