loading...

Elak Maksiat, Pawagam Di Terengganu Pasang CCTV

PETALING JAYA: Selepas lebih 20 tahun, Kuala Terengganu akhirnya memiliki sebuah pawagam dengan setiap dewan panggung dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di mana gerak-geri penonton boleh disaksikan orang ramai melalui siaran langsung di televisyen lobi pawagam itu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, pawagam yang terletak di PB Central itu tidak melaksanakan pengasingan penonton lelaki dan wanita serta pemasangan lampu ketika tayangan filem.

“Kami faham pihak berkuasa tempatan bimbang ada orang berkelakuan tidak senonoh dalam keadaan gelap, jadi kami ambil langkah pasang CCTV untuk membendung perbuatan itu.

“CCTV kami boleh merakamkan keadaan gelap di dalam dewan panggung dengan jelas. Jadi, jika ada orang berkelakuan tidak senonoh, tindakan mereka akan dirakamkan dan kami percaya langkah ini dapat menghapuskan kebimbangan kerajaan dan individu tertentu,” kata Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Projek LFS, Mohamad Shah Abdul Aziz.

Tambahnya lagi, tayangan filem terakhir perlu tamat sebelum jam 1 pagi setiap hari, kecuali pada Khamis di mana pawagam akan ditutup jam 6 petang dan hanya beroperasi semula jam 3 petang Jumaat.

Pada bulan Ramadhan, tiada tayangan mulai 6 petang hingga 9 malam. Bagi memenuhi keperluan umat Islam, pawagam tersebut menyediakan bilik sembahyang.

from HANASUVA http://ift.tt/2ncT5H8 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close