loading...

Asuhan Awal Mencintai Ibu Bapa. Ketahui Lima Cara

Untuk mendidik anak rasa cinta dan hormat kepada ibu bapa, perlu dibina dasar kasih sayang dan rasa terima kasih. Bukannya hanya kepada status  atau kuasa mutlak di atas gelaran ibu dan ayah. Ikuti panduan  ini dalam menjana pembangunan insaniah kanak-kanak.

1.Rujukan al-Quran

Sikap yang baik adalah tuntutan agama. Luangkan  masa untuk bercerita tentang perintah Allah supaya menghormati ibu bapa di dalam al-Quran. Terdapat juga kisah-kisah pengajaran di dalam sirah sebagai panduan anak-anak

2.Teladan

Kanak-kanak belajar melalui peniruan. Sebagai ibu bapa, anda harus menunjukkan  teladan yang baik kepada anak. Apabila anda berbuat baik dan bersikap sopan santun, anak akan meniru perbuatan ini. Jelaskan kepadanya berbuat baik akan disukai oleh Allah.

3.Membantu ibu bapa

 Berikan anak anda tanggungjawab yang ringkas. Ajak anak melakukan kerja bagi meringankan beban anda. Contohnya, membantu ibu melipat baju dan membantu ayah menyiram pokok bunga. Cara ini akan membantu anak-anak menyedari tanggungjawab membantu ibu bapa adalah kewajipan apabila dewasa nanti.

4.Tunjukkan kasih sayang

Antara ciri-ciri seorang kanak-kanak ialah suka dirinya dihargai dan dibelai. Cara menunjukkan kasih sayang seperti ucapan, sentuhan, perbuatan dan pemberian akan merangsang emosi positif si anak. Kesannya, anak tahu dirinya disayangi dan  mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

5.Ajar sikap pemaaf

Kanak-kanak mempunyai perasaan. Dengan kata-kata yang kesat atau bersifat menghukum hanya membuahkan rasa marah dan dendam di dalam jiwa anak. Jangan segan untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan terhadap dirinya. Hal ini kerana, anda sedang mengajarnya suatu nilai yang sangat murni iaitu mengakui kesalahan dan sifat pemaaf.

 MESTI TAHU

Sopan santun adalah suatu tindakan yang amat mulia. Anak perlu didedahkan dengan sikap ini. Anak yang dibiasakan sejak  kecil untuk bersikap sopan santun akan lebih mudah bersosial. Dia akan mudah memahami peraturan yang ada dala masyarakat. Malah lebih mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan baru, selalu menghargai orang lain, penuh percaya diri dan memiliki kehidupan sosial yang baik.

 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2mvTpjt via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close