loading...

Awas! 5 Tanda Si Kecil Mula Bercakap Bohong. Perhatikan Anak Anda

"Amboi, kecik-kecik dah pandai cakap bohong ya. Nak kena babap dengan mama ke?"

Si kecil sudah pandai cakap bohong? Jangan stres ya papa dan mama. Memanglah perbuatan berbohong itu amalan yang tak elok dan perlu dibendung tetapi memang sikap normal kanak-kanak yang membesar terutama lingkungan umur empat tahun ke atas akan bercakap bohong. Di sini pentingnya peranan papa dan mama untuk membimbing anak supaya tidak lagi bercakap bohong.

Kemampuan imaginasi kanak-kanak memang sangat mengagumkan, sehingga kadangkala mereka cenderung mengadakan cerita yang tidak betul. Menurut Pakar Psikoterapi yang juga penulis buku Couch Fiction: A Graphic Tale of Psychotherapy Philippa Perry, cara pengasuhan ibu bapa juga boleh menggalakkan anak suka dan terbiasa berbohong.

Misalnya, ketegasan melampau mengajar disiplin pada anak sehingga terlupa yang mereka masih kanak-kanak. Ini akan membuatkan si kecil menjadi takut dan untuk mengelakkan daripada dimarah, dia berbohong sebagai satu cara melindungi dirinya.

Untuk mengelakkan keinginan anak terus bercakap bohong, papa dan mama perlu tahu apa ciri-ciri kalau si kecil sedang berbohong. Ajarlah anak untuk sentiasa bercakap benar dan jujur walaupun akan dimarahi.

1. Elak pandang mata

Menurut Pakar Psikiatris, Dr, Gail Saltz dari New York-Presbyterian Hospital, Amerika Syarikat, biasanya bila bercakap, seseorang akan membuat 'eye contact'. Cuba perhatikan anak anda apabila dia bercakap bohong. Biasanya mata mereka tidak fokus kepada kita ketika bercakap. Dia akan cuba melarikan mata daripada memandang mata kita dan menggerakkan mata ke atas dan ke bawah.

2. Suara berubah-ubah

Anak anda akan banyak cakap kemudian dia lupa apa yang dicakapkan dan apabila diminta mengulang kembali, mesti ceritanya akan berubah. Nada suaranya juga ikut berubah dari rendah menjadi tinggi, diikuti banyak perkataan "hmmm..." atau "aahhh.." Anak juga nampak tidak yakin dengan jawapannya. Ini antara petanda bahawa dia sedang bercakap bohong.

3. Pergerakan badan

Anda boleh nampak anak akan menjadi gelisah dari pergerakan tubuh badannya. Antaranya seperti menggaru-garu kepala, menjauhkan badannya dari anda dan menutup muka atau mulut. Julis Mullen, EdD., Pengarah Klinikal dari Children and Families First turut menambah pergerakan lain seperti menyentuh hidung, badan condong ke hadapan dan tangan menunjuk-nunjuk sebagai petanda dia sedang menyembunyikan sesuatu.

4. Ambil masa untuk beri tindak balas

Bila anda bertanyakan sesuatu, anak akan mengambil masa yang lama untuk memberi tindak balas walaupun soalan yang ditanya mudah sahaja. Ini kerana anak takut akan dimarahi kerana jawapan sebenar adalah perkara yang dilarang oleh papa dan mama.

5. Menukar fakta

Oleh kerana takut dimarahi atas perbuatan salahnya, anak akan menukar fakta atas perbuatannya sendiri. Contohnya bila anda bertanya siapa yang menumpahkan air di atas sofa, si kecil akan memberitahu abang atau kakak.

Menurut Richard Gallagher, PhD, Pakar Psikologi Klinikal dan Pengarah Parenting Institute di New York University Child Study Center, Amerika Syarikat, anak  belum cukup dewasa untuk menyedari dan bertanggungjawab atas kejadian yang baru saja dia lakukan, kerana takut dimarahi. Sebenarnya dia tidak sengaja melakukannya. Ya, sebaiknya anda jangan marah, tapi ajak si kecil sama-sama mengemaskan tumpahan air  sambil mengajarnya supaya tidak bercakap bohong, kena berani mengaku salah dan bertanggungjawab.

Anak kecil umpama sehelai kain putih yang bersih. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan mereka menjadi anak yang baik. Jangan terus hukum dan sentiasa marah anak yang bercakap bohong sebaliknya bimbing mereka dan perbetulkan kesilapan tersebut agar tidak diulang lagi.

 


 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2m8v3JJ via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close