loading...

AWAS... Kalau Anda Orang Yang Jenis Selalu Ambil Mudah Pasal Suami!


Saya tahu anda sebagai isteri mengambil berat tentang kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Anda akan naik mesin penimbang setiap kali selepas makan. Anda berjoging. Anda pergi spa. Anda masuk kelab aerobik dan macam-macam lagi. Semua untuk memastikan badan sihat dan cantik. Betul tak?

Anda juga seorang isteri bertuah. Ada keluarga bahagia dan suami yang baik. Namun seperti kesihatan badan, bagaimana pula kesihatan hubungan anda dengan suami? Adakah anda mengambil berat tentang dirinya? Betul orang kata jika mahu menjaga suami maka jagalah perutnya tetapi itu jika anda menganggap suami anda seperti ayam daging. Suami anda bukan ayam daging. Tidak ada gunanya jika anda jaga perutnya tetapi tidak mengambil berat perasaannya. Mari saya kongsikan beberapa perkara yang boleh memberitahu sama ada anda mengambil berat atau tidak perasannya.

Adakah anda romantik? Anda kata anda tidak romantik, sebab dia yang tidak romantik. Memang ramai yang menganggap romantik itu mesti ada atau bermula dengan lelaki. Mungkin di Perancis anda boleh berangan begitu tetapi suami anda bukan orang Perancis, bukan? Jangan pindahkan alasan itu dahulu kepada suami anda. Romantik bukan sekadar bunga ros, coklat atau buka pintu kereta. Romantik ialah layanan yang membuatkan seseorang itu merasa penting dan dicintai. Antaranya ialah dengan mengejutkan dia.
Sekiranya anda mempunyai pendapatan sendiri apa salahnya anda kejutkan dia dengan percutian ulangan bulan madu. Bukan dia yang rancangkan tetapi anda! Sejak berkahwin sudah berapa kali anda berikan kejutan romantik untuk dia?

Cuba ingat semula semasa dia balik kerja petang tadi. Ya, anda telah siapkan air dan kuih untuk minum petang. Bagus tetapi adakah anda menyediakan diri untuk berbual dengannya. Bilakah kali terakhir anda tanya bagaimana dia di pejabat hari itu? Apakah yang dia sedang fikirkan atau pernahkah anda bertanya apakah yang dia rancang untuk masa depan? Apabila dia bercakap adakah anda benar-benar mendengar atau hanya tunggu untuk membalas semula? Seorang isteri yang prihatin dengan perasaan suami akan mendengar untuk menghayati dan memahami. Keikhlasan untuk mendengar begitu menunjukkan yang anda mengambil berat tentang dirinya. Jika sudah bertahun-tahun tetapi sekadar teh dan kuih, dia boleh dapat itu di kedai mamak hujung simpang sana.

Suka atau tidak memang hari ini semua orang sibuk. Anda suri rumah sepenuh masa tetapi jadual anda terlalu padat. Masak, mengemas rumah, melipat kain dan macam-macam lagi. Pernah anda memasukkan slot masa untuk dihabiskan bersama dia? Dia tidak perlukan masa lama tetapi ruang masa yang anda sediakan itu memberi isyarat yang dia sentiasa yang paling utama.

Selalu saya dengar yang perempuan suka dilayan bagaikan puteri. Tidak ada salahnya merasa begitu cuma anda bukanlah puteri. Anda lebih hebat dan lebih daripada itu ! Anda belajar sehingga ke universiti dengan usaha gigih. Anda mempunyai karier dan mempunyai pendapatan sendiri. Anda bertuah kerana mempunyai suami yang hebat apabila di dapur.

Pendek kata anda tidak perlu menjengah langsung sebab dia boleh buat semuanya untuk anda. Betul di pangkal nama anda ada ‘Puteri’ tetapi itu tidak bermakna tetapi itu bukan lesen untuk menjadi ‘Queen Control’ di rumah. Apa yang rasa jika saya beritahu ada ramai suami yang mengeluh kerana isteri yang begini. Satu-satunya sebab mereka tidak mencari lain ialah kerana dia sayangkan anda. Soalan saya, adakah anda betul-betul sayangkan dia?

Akhirnya sekali dalam zaman media sosial ini, siapakah BFF anda sebenarnya? Suami anda atau orang lain yang ada di dalam jaringan media sosial anda itu? Sekiranya anda lebih selesa berkongsi harapan atau pendapat dengan orang lain, anda kena betul-betul jawab soalan ini. Adakah anda jujur dan mengambil berat perasaannya?

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close