Seorang lelaki Orang Asli di Sungai Jentong, Trolak di Perak amat berbangga kerana mempunyai nama iaitu jenama kereta Malaysia iaitu Proton Saga diberikan oleh ayahnya.
Proton Saga Kelambu, 33, kini juga menuruti ayahnya apabila menamakan anak perempuannya dengan nama Viva yang juga nama model kereta keluaran syarikat Malaysia, Perodua.
Anak sulungnya dinamakan Viva sempena kereta dihasilkan Perodua pada Mei 2007 selepas dicadangkan seorang jururawat di Tapah.
Seorang jururawat mencadangkan nama Viva untuk anak
“Macam bapa saya juga, waktu tu saya tak tahu nak letak nama apa. Kebetulan ada misi datang periksa isteri saya. Dia beri cadangan nama Viva. Saya dan isteri rasa itu unik dan terus setuju,” lapor Sinar Harian
Proton Saga berkata masyarakat kampung tidak pernah memperlekehkan namanya, namun mereka lebih senang memanggilnya sebagai ‘Alor’.
“Saya tak kisah pun, buat apa nak malu atau segan. Kalau orang tanya nama, saya beritahu nama sebenar.
“Saya dah lama terima BR1M, tapi tak sangka baru kali ni heboh. Saya pun tak tahu nama saya dah disebut-sebut orang sampailah ada wartawan cari,” katanya.
Bangga nama diberikan sempena kereta pertama negara
Bapa kepada Proton Saga yang bernama Kelambu Jambi, 54, berkata nama anak sulungnya itu diberikan selepas ia dicadangkan oleh seorang anggota polis di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Tak tahu nak letak nama apa masa tu, ada orang cadangkan Proton Saga, saya fikir bagus juga, jadi saya terus setuju.
“Ada seorang polis di Trolak cadangkan nama Proton Saga, saya ikut saja.
“Mungkin masa tu negara kita nak keluarkan kereta yang pertama, jadi polis tu pun beri cadangan nama Proton Saga untuk anak sulung saya,” katanya mengimbau kembali sejarah berkenaan.
Proton Saga menjadi perhatian selepas namanya sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tular di media sosial.
Sinar Harian
from HANASUVA http://ift.tt/2mn18gr via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment