loading...

Beauty and The Beast Ditayangkan 30 Mac Tanpa Suntingan

Minggu lalu pelbagai kontroversi melanda filem Disney ini sehingga ditangguhkan tayangannya kerana ada unsur gay dalam filem tersebut.

Semalam, menerusi laman Facebook, pihak GSC mengesahkan filem tersebut akan mula ditayangkan di seluruh negara pada 30 Mac ini.

Pihaknya turut memaklumkan, tiada suntingan dan tiada babak dipotong dalam filem berkenaan. Namun filem tersebut diklasifikasikan dengan rating P13.

Jualan tiket untuk tarikh tayangan baharu juga belum dibuka dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Beauty and the Beast sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya, Bill Condon berkata kepada majalah Attitude bahawa watak Le Fou, yang dimainkan oleh Josh Gad, diberi “momen gay yang eksklusif” dalam filem itu.

Filem itu sepatutnya ditayangkan pada 16 Mac lalu menampilkan barisan pelakon seperti Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.

from HANASUVA http://ift.tt/2mpyhgk via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close