loading...

Mufti: Naik Grab & Uber Dengan Bukan Muhrim Dianggap Khalwat

PETALING JAYA: Berkongsi kereta melalui khidmat Grab dan Uber melibatkan bukan muhrim masih boleh dikategorikan khalwat, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Tetapi ia dibolehkan dengan syarat penumpang duduk diam di bahagian belakang kenderaan sekiranya mendapati pemandu berlainan jantina.

Dipetik daripada Free Malaysia Today, beliau turut menjelaskan hukum wanita dan lelaki menggunakan perkhidmatan kongsi kenderaan dan syarat yang perlu dipatuhi.

Tambahnya, syarat lain yang perlu dipatuhi ialah laluan yang digunakan “tidak sunyi”.

“Pemandu melalui jalan yang tidak sunyi agar terlindung dari sebarang fitnah,” katanya dalam penulisan di laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Beliau memberikan beberapa dalil mengenai definisi khalwat, istilah Arab yang membawa maksud bersendirian atau berasingan.

“Maka berdasarkan beberapa dalil yang kami kongsikan di atas, dapatlah kita fahami bahawa berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah suatu perbuatan yang haram lagi ditegah.

“Ini sama ada khalwat itu berlaku di taman-taman bunga, taman tasik, di dalam bilik atau hotel, dan begitulah juga di dalam kenderaan seperti teksi, Uber, atau GrabCar,” katanya.

from HANASUVA http://ift.tt/2njzaGq via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close