"Mak ada RM50 nak beli baju baru. Kawan Sya, baju dia semua baru. Sya baju yang sama saja"
"Bukan mak baru beri RM30 ke hari tu. Takkan cepat sangat habisnya."
"Mana nak cukup mak. Harga makanan pun dah mahal."
Walaupun mulut berleter, duit anak yang diminta tetap mak beri. Semakin remaja usia anak, makin sukar mahu dilentur. Mak pula tak mahu lihat anak susah, sanggup buat apa saja asalkan anak bahagia.
Sedar tak sedar, rupanya mak dah 'spoil'kan anak. Manjakan anak tu tak salah. Tapi mak-mak jangan sampai salah tafsir maksud manja.
Enam Tahun Pertama
Inilah waktu tumbesaran otak anak paling pesat. 90% EQ (Emotional Quatient) anak dibina waktu ini. Selebihnya 10% ketika anak usia 7 tahun ke 20 tahun.
Sebab itulah, waktu usia ini mak-mak perlu beri kasih sayang pada anak tapi jangan sampai anak memanipulasi mak ayah. Bukan semua kemahuan anak, mak ayah kena penuhi.
Jangan Sampai Salah Tafsir Definisi 'Manjakan Anak'
1. Manja Pun Ada Batasnya
Jangan beri anak apa yang dia mahu. Sebabnya bila tiba-tiba mak tak boleh tunaikan janji, anak akan memberontak, menyalahkan mak. Bantu anak kawal emosi sejak mereka kecil agar bila besar anak pandai hidup berdikari.
2. Didikan Orang Lama
Tak salah ambil ilmu dari cara didikan orang tua kita. Yang jadi masalah, bila ada mak ayah yang ragu-ragu dengan teknik keibubapaan atau skil mendidik. Sudahnya mereka menjurus jadi kurang yakin dengan kebolehan anak sendiri.
3. Jangan Tertekan Dengan Persepsi Masyarakat
Sebabnya ia boleh beri kesan negatif dengan cara mendidik mak ayah. Masa anak kecil inilah perlunya memupuk kasih sayang pada anak kecil.
4. Tak Bezakan Anak Lelaki-Perempuan
Anak perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Kerana, hormon estrogen dalam badan anak perempuan bantu hubungkan otak kanan dan kiri yang cepat berbanding anak lelaki.Jadi, mak ayah perlu tahu sebab itu mereka perlu belai anak lelaki 0-6 tahun lebih lama berbanding perempuan.
5. Tegas Itu Perlu
Ia perlu disokong dengan mimik muka dan suara yang tegas. Biar anak tahu mana satu nada ibu bergurau, nada suara gembira atau tegas.
Blogger Comment
Facebook Comment