loading...

Buat 5 Perkara Ini Confirm Pasangan Tak Curang.. No.5 Yang Orang Selalu Lupa Buat ..


Salah satu cabaran hidup berumah tangga adalah ketidak setiaan pasangan dalam berkasih sayang. Kadang baru setahun hidup bersama, belang curang sudah ditunjukkan di depan mata.

Ada juga yang berpuluh tahun hidup bersama, bila anak dah meningkat dewasa malah bercucu baru tahu suami pasang kekasih gelap. Aduh! Sakitnya jiwa. Ya Allah, tak tahu hendak mengadu rasa hati pada siapa.
Sebelum hubungan melarat sampai ke tahap itu, baiklah kita semak 4 tip di bawah. Semoga virus cemburu, keluh kesah atau was-was yang merosakkan rumah tangga dapat dibatasi.

1. Kenalah Sentiasa sedar Diri

Tahu status kita ini siapa. Suami atau isteri orang. Bila faham tentang itu, kita akan sentiasa kawal diri. Takkan buat sesuatu yang melukakan hati pasangan. Amanah dan tanggungjawab pun akan dilaksanakan ikut saranan agama.

2. Gunakan Teknologi Untuk Hargai Kasih Sayang

Telefon canggih yang ada di tangan jangan dipersia. Gunakan untuk buat video call, chatting atau wasap dengan pasangan tercinta. Kenapa nak halang komunikasi dengan pasangan sedangkan anda ada alat paling canggih di tangan. Alat yang sepatutnya buat hubungan cinta terus memekar.

3. Jangan Cari Pasal; Tak Perlu 'TEST MARKET'

Cukup-cukuplah menguji kesetiaan isteri. Tak perlu juga nak 'test market' dekat dara-dara, teruna, janda malah bapak-bapak orang. sebabnya, isteri atau suami bila dah ikhlas cintai kita, mereka adalah pencinta yang setia.

4. Jangan Ada Hubungan Santai Dengan Rakan Bukan sejenis

Mulanya kawan, lama-lama jadi kekasih. Ini paling bahaya terutama kawan-kawan atau 'kekasih gelap' satu pejabat. Asalnya cuma kawan makan sama-sama waktu 'lunch', lepas itu meluahkan pula isi hati. Dari cakap-cakap di kedai makan melarat ke telefon dan akhirnya penyatuan jiwa. Oh.. oh... ELAK BERKONGSI MASALAH DENGAN RAKAN BERBEZA JANTINA! Kerana pengakhirannya amat bahaya untuk sebuah rumah tangga bahagia.

5. Doa Senjata Paling Mujarab

Berdoa boleh saja di mana-mana. Tak perlu tunggu ketika waktu solat. Sambil menyapu boleh berdoa, ketika memasak boleh memohon padaNya. Kalau suami isteri 'car pool' ketika pulang dari kerja, bolehlah isteri bacakan doa-doa pengerat kasih sayang. Biar suami di sebelah tenang mendengar. Itu lebih baik daripada bergosip pasal jiran atau kawan-kawan sepejabat yang kita tak sebulu.

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close