loading...

Jangan Biarkan Anak Kecil Menangis Hanya Sebab Susu Cair & Tak Kenyang. Cuba Amalkan 5 Tip Ini!

"Eh, sikit pula susu hari ni. Adooii.. dah lah macam cair je. Nak makan apa lagi ni, macam-macam dah buat. Patutlah anak asyik tidur kejap-kejap. dan asyik merengek. Mesti tak kenyang! Hmmmmm..."

Ini satu dilema biasa bagi ibu-ibu yang gigih susukan anak tanpa guna susu formula. Kadang makan banyak pun tapi hasilnya kurang. Anak pula baru usia 3-4 bulan. Pelik kalau nak kata tak ada susu!

Ok, jangan risau... mak-mak boleh amalkan 5 petua ini, moga ada hasilnya!

Cara pekatkan susu badan

1. Makan nasi

Kalau breakfast nasi lemak, waktu sesi mengepam pukul 10 pagi mak-mak mesti dapat susu yang pekat berbanding hari yang breakfast dengan roti sahaja. Waktu lunch dengan dinner, mak-mak kena makan nasi.

2. Minum minuman coklat

Antara milkbooster yang perlu anda cuba adalah minuman bermalta seperti milo dan horlick. Kalau minum milo, susu perahan akan mengandungi lapisan lemak yang lebih tebal. Nak lagi pekat, campur milo dengan nestum atau oat. Confirm, pekat!

3. Makan oat

Mak-mak boleh amalkan sewaktu sarapan pagi dengan makan oat je. Memang susu yang dihasilkan akan jadi lebih pekat, tau!

4. Sediakan kurma

Kurma pun milkbooster yang bagus. Amalkan makan 7 biji kurma setiap hari. Paling kurang sebiji. Boleh nampak perbezaankalau mak-mak selalu makan kurma. Nak lagi best, campur kurma dengan susu dan sedikit badam. Punyalah sedap dan senang untuk kenyangkan bayi dengan susu anda. Atau anda boleh cuba resepi banyakkan da pekatkan susu ini...

Bahan-bahan

1/2 kotak susu segar Magnolia

10 biji buah kurma - dibuang biji dan dibersihkan (nak letak lebih pun boleh)

1 cawan air panas

beberapa ketul ais - optional

sedikit gula - optional

Cara-cara

1. Rendam buah kurma dalam air panas 15 minit.

2. Kisar buah tersebut bersama airnya tadi hingga hancur. 3. Masukkan pula ais dan kisar lagi. Jika nak letak gula, masukkan sekali.

4. Masukkan susu segar dan kisar sebati.

5. Amalkan doa ibu menyusu

Ini patutnya semua mak-mak tahu dan boleh amalkan setiap hari. Niat elok-elok dan doa pada Allah moga urusan ibu dipermudahkan. Bacalah doa ini...

Ya ALLAH… permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. AMIN..."

Mak-mak kena rajin sikit lah, tapi tak apa, janji anak tidur lena sebab kenyang minum susu anda. Selamat mencuba!

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2luVa1x via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close