Di Jepun, seorang lelaki di temui mati dengan cara mengejutkan. Lelaki tersebut mati kerana ditimpa koleksi majalah lucah seberat 6 tan miliknya sendiri.
Menurut laporan Metro.uk, lelaki berusia 50 tahun itu ditemui terkubur di bawah majalah lucah selepas tuan bangunan tersebut memeriksa rumah tersebut selepas penyewanya tidak membayar sewa selama 6 bulan.
Tidak mahu kisah kematian tersebut tersebar luas, ahli keluarga mangsa mengupah tukang untuk membersihkan rumah dan membuang kesemua majalah lucah milik mangsa.
Namun, salah seorang tukang pembersihan syarikat itu mendedahkan gambar rumah tersebut yang dipenuhi dengan majalah lucah sehinggalah ke kawasan dapur.
Tambahnya lagi, kematian mangsa mungkin kerana serangan jantung atau sesak nafas akibat ditimpa koleksi majalah yang agak berat.
from HANASUVA http://ift.tt/2lQZd4c via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment