Dapur adalah ruang paling istimewa buat mak-mak. tapi bagi anak-anak ruang tempat mak melepaskan tension ini boleh jadi tempat paling bahaya dekat mereka.
Sebabnya di ruangan inilah anak-anak berisiko nak alami:
MELECUR ada cerek elektrik/ pemanas air yang mudah dicapai atau dapur elektrik yang berbentuk rata dan suisnya boleh dicapai oleh anak-anak
LUKA BERDARAH akibat pisau/peralatan tajam yang lain yang diletak di paur tanpa kaedah penyimpanan yang selamat dan sesuai)
JATUH atau tergelincir disebabkan lantai basah/licin
KEMALANGAN di luar jangkaan
SESAK NAFAS jika suis dapur gas boleh dicapai dan dibuka oleh kanak-kanak. Risau terhidu gas. Paling bahaya jika mengakibatkan kebakaran. Justeru awasilah anak-anak daripada bahaya berada di dapur.
TERLANGGAR BARANG di dapur yang berbahaya seperti peralatan tajam, berat, mudah pecah jika tidak disusun dengan rapi.
6 Tip Elak Bahaya Di Dapur
Didik Anak Ikut Usia
Didik anak tentang bahaya ketika di dapur mengikut kesesuaian usia kanak-kanak. Jika masih tidak mengerti, maka sebaiknya wasi pergerakan anak-anak serta mementingkan kekemasan/kebersihan/keselamatan peralatan di dapur.
Pastikan Dapur Tersusun
Keadaan dapur perlu sentiasa bersih/kemas/tersusun dan selamat untuk seisi keluarga. Kenal pasti barang-barang yang berbahaya seperti pisau, gunting, pinggan mangkuk, gelas dan seumpamanya berada di tempat yang sepatutnya dan tidak mudahj dicapai oleh anak-anak yang belum faham tentang bahaya di dapur.
Buang Barang Luput Tarikh
Bahan-bahan serta makanan yang disimpan di dalam peti ais masih boleh digunakan dan tidak luput serta basi. Ia penting bagi mengelakkan kes keracunan dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai tabiat suka menyelongkar barang-barang di dalam peti ais. Di khuatiri mereka akan makan sesuatu yang sudah luput dan membahayakan kesihatan.
Lantai Tak Licin
Memastikan keadaan lantai dapur tidak basah atau licin. Jika perlu, pastikan setiap meja atau kabinet di dapur tidak mempunyai bahagian tepi yang tajam dan berbahaya. Ianya bagi mengelakkkan kemalangan dalam rumah seperti terhantuk dan berdarah.
Maksimumkan Ruang
Jadi, kurangkan keghairahan menghias dapur dengan pelbagai barangan yang tidak perlu sehingga dapur kelihatan padat dan berserabut meskipun hiasan itu tersusun cantik. Dikhuatiri, hiasan yang melampau ini mampu menarik minat anak-anak untuk mencapainya dan boleh mengakibatkan kemalangan. Jika perlu, pastikan hiasan itu tersusun rapid an tidak mendatangkan bahaya kepada anak-anak.
Selaraskan Simpanan Rempah Ratus
Simpan di tempat yang sesuai menggunakan bekas yang selamat dan tidak mudah pecah. Antara rempah ratus yang boleh mendatangkan bahaya seperti serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan sebagainya. Perlu diingatkan kebanyakan kanak-kanak mudah tertarik dengan aktiiviti ‘main masak-masak’. Jika bahan-bahan ini tidak disimpan dengan betul, kecenderungan mereka mengambilnya adalah tinggi sedangkan mereka tidak mengerti ianya berbahaya jika masuk dalam mata dan sebagainya. Selain itu, penggunaan bekas yang tidak mudah pecah juga digalakkan agar tidak berlaku kemalangan kecil.
Alarm Buat Ibu
- Andai terjadi hal yang tak diingini, ibu sudah bersedia dengan langkah-langkah keselamatan ini.
- Pelajari teknik asas bantuan kecemasan bagi mengelakkan panik jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
- Catat nombor telefon penting seperti Polis, Bomba, Klinik dan Ambulans serta jiran terdekat untuk sebarang kecemasan.
- Pastikan bateri telefon bimbit sentiasa penuh dan boleh digunakan untuk menghubungi bantuan ketika kecemasan
- Tingkatkan pengetahuan tentang bahaya di dapur
- Pelajari kemahiran mengemas rumah dan dapur agar kemas dan selamat.
Anak Yang Terlalu Aktif, Sekat Masuk Ke Dapur
- Sebab itu mak perlu bahagikan tugas dengan pasangan. Minta bantuan suami untuk memerhatikan anak-anak ketika ibu sibuk di dapur.
- Jika suami tiada di rumah, bantuan daripada pembantu rumah amat diperlukan.
- Namun jika hanya anda seorang sahaja di rumah, maka bahagikan masa anda sebaiknya untuk melakukan tugasan di rumah. Berikan masa kepada anda sendiri untuk menyiapkan kerja-kerja rumah secara berperingkat. Selain menyimpan tenaga, anda juga memerlukan emosi yang tenang dan stabil bagi melakukan tugasan tersebut
- Usah melakukan tugas berat dan sukar ketika anak-anak dalam keadaan terlalu aktif. Sebaiknya, temani anak-anak terlebih dahulu, berikan mereka permainan yang sesuai dan leka seperti lego, kertas lukisan untuk melukis atau mewarna, play doh buatan sendiri serta mainan lain yang mereka minati.
- Biarkan mereka dilayan terlebih dahulu sebelum anda meneruskan tugasan harian yang lain.
Sumber: PUAN SITI FATIMAH ABDUL GHANI K.B.,P.A, KAUNSELOR BERDAFTAR/ PERUNDING PSIKOLOGI KANAK-KANAK, REMAJA DAN DEWASA, PENGAMAL PROFESIONAL SPIRITUAL EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUES (SEFT) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
from info psikologi http://ift.tt/2mqj1vv via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment