loading...

Kotak Tisu Punca Warga Emas Maut, Suami Cedera Dalam Kemalangan


Angkara kotak tisu yang tersangkut pada pedal brek, seorang wanita warga emas maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas ke bahu jalan dalam kejadian di Kilometer 6 Jalan Gaung-Kampung Tajin, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, kereta Perodua Axia dipandu Abd Wahab Salleh, 70, dari Jalan Nasri, Felda Jerangau Ajil, di sini, dipercayai hilang kawalan sebelum kemalangan menyebabkan isterinya, Esah Md Zin, 67, yang turut berada dalam kenderaan itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pasangan itu dari Kampung Tajin ke Kampung Gaung dan sebaik sampai di tempat kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kereta yang dipandu.

“Difahamkan, pemandu Perodua Viva tidak dapat membrek kerana terdapat kotak tisu pada pedal brek lalu terbabas ke bahu jalan.

“Pemandu lelaki berusia 70 tahun kini dirawat di hospital manakala pasangannya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada warisnya,” katanya.

Menurutnya, keadaan jalan di tempat kejadian berselekoh, satu lorong dua hala dengan garisan tengah berkembar dan ketika kejadian cuaca cerah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Adli menasihati pengguna jalan supaya lebih peka kepada barangan yang berada di dalam kereta yang boleh mengganggu pemanduan hingga mengakibatkan kemalangan.

Kredit: Harian Metro from Oh! Media http://ift.tt/2mrKcKB via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close