loading...

Lelaki Gila Gajet, Jangan Sampai Abaikan Pasangan! Ini Komen Dari Kaum Adam Sendiri

Lambakan gajet yang mempunyai pelbagai fungsi up-to-date dengan rekaan yang sofistikated membuatkan ramai lelaki di luar sana suka dengan peranti-peranti hebat ini. Hinggakan ada yang abaikan pasangan dan tidak kurang pasangannya berjauh hati. Apakah ini realiti yang berlaku kepada masyarakat pada hari ini? Ikuti komen lelaki tentang hal ini...

1. Hanya Guna Untuk Urusan Kerja

Sebagai Perunding Insurans, gajet seperti telefon pintar dan ipad sangat penting kerana ia merupakan alat penghubung antara saya dengan klien, ejen-ejen dan Agensi. Keperluan untuk kemas kini maklumat kepada klien dan ejen, menguruskan proses tuntutan klien hinggalah kepada proses permohonan polisi takaful klien, semuanya menggunakan gajet.  Walau bagaimanapun, penggunaan gajet ini haruslah terkawal bergantung kepada keperluan peribadi, perniagaan dan tidak melalaikan terutama apabila sedang meluangkan masa bersama keluarga. Hisyam Mustapha

2. Lebih Tersusun & Praktikal

Sebenarnya perkara ini bergantung kepada tujuan gajet itu digunakan, mungkin kerana lelaki suka cara hidup yang simple dan dengan menggunakan gajet, segala aktivitinya lebih  tersusun dan praktikal. Selain itu, lelaki biasanya bukan multi-tasking atau boleh buat banyak perkara dalam satu masa, jadi dia amat fokus kepada satu benda seperti gajet sehingga pasangan rasa terabai. Abdul Muhit Husain

3. Pelbagai Guna

Gajet merupakan satu keperluan dan bukan lagi kemahuan. Gajet masa kini boleh menyelesaikan banyak perkara daripada fungsi asalnya hanya sebagai alat untuk membuat panggilan tetapi kini gajet sudah mampu mengatur hampir keseluruhan hidup kita, mempermudah urusan pejabat dan perniagaan, fotografi, videografi, memberi khidmat nasihat pemakanan, kesihatan, hiburan, senaman, panduan dan waktu solat serta macam-macam lagi. Faktor-faktor inilah yang mendorong kepada sikap lelaki yang sentiasa bersama dengan gajet sehingga mengabaikan pasangan tanpa disedari. Abdul Shahid Abu Bakar

4. Kongsi Maklumat Bersama

Lelaki sukakan gajet tetapi itu tak bermakna pasangan diabaikan. Sebagai lelaki, kita kena pandai bahagikan masa untuk pasangan dan juga berkongsi penggunaan gajet bersama pasangan supaya ianya menjadi aktiviti bersama-sama. Dengan cara begitu, bukan sahaja kita menjadi orang yang up-to-date malah rumah tangga juga akan harmoni dan dapat mengeratkan hubungan kita dengan pasangan. Hazizal Ab Hamid

5. Hargailah Pasangan

Bagi saya, tiada guna jika ketua keluarga tidak berfungsi dan hanya hanya leka dan asyik melayan gajet sehingga kebajikan isteri lahiriah dan rohaniah tidak di peduli? Hargai orang sekeliling, terutama pasangan (isteri). Berbaliklah pada yang asas di mana suami wajib melayani isteri dengan baik. Wujudkan komunikasi dua hala bersama pasangan, nescaya hubungan akan lebih rukun dan segala permasalahan dapat diatasi. Nasihat saya jangan sehingga melalaikan tanggungjawab dan tidak mempedulikan pasangan serta keluarga. Hargai dan sayangilah ketika mereka masih di depan mata. Muhammad Aqmal A'fiat
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2mTvCYy via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close