loading...

Nazri: Gay Wujud Sebelum ‘Beauty and the Beast’ Lagi

KUALA LUMPUR – Berikutan penangguhan tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan ia tidakan tidak masuk akal.

Menteri pelancongan dan kebudayaan berkata penonton filem seharusnya diberi pilihan membuat keputusan untuk menonton filem yang digemari.

“Saya rasa ia mengarut. Maksud saya ia sebahagian daripada cerita dan kita tidak perlu menirunya.

“Kita tidak melarang sesebuah filem kerana watak gay.

“Sebelum ini tanpa watak gay dalam Beauty and the Beast, sudah ada golongan itu di dunia. Saya tidak fikir ia akan mempengaruhi sesiapa.

“Kita perlu berfikir. Kita mesti membenarkan penonton untuk membuat keputusan,” katanya kepada The Malay Mail Online.

Filem yang dijadual ditayangkan Khamis ini, di Malaysia ditangguhkan selepas kontroversi watak gay.

Pengedarnya Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd berkata penangguhan filem itu untuk “semakan dalaman”.

Kontroversi timbul apabila watak LeFou, yang dibawa Josh Gad, digambarkan oleh pengarahnya Bill Condon “yang mahu mencium Gaston.”

from HANASUVA http://ift.tt/2nnyjSR via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close