loading...

Orang Yang Malas Bersenam Pun Boleh Sihat Dengan 5 Rutin Ini

Bukan semua orang rajin bersenam. Lebih-lebih lagi, mereka yang selesa dengan rutin kerjaya di dalam pejabat. Menikmati ‘potluck’ bersama rakan sekerja juga antara rutin yang sukar dielak.

Begitu juga, para suri yang terbiasa di dapur. Menikmati makanan enak sehingga leka langsung tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

Lalu, apakah cara terbaik mendapatkan gaya hidup sihat untuk mereka yang terleka dalam soal menjaga tubuh cergas dan minda yang sihat ini? Ikuti panduan berikut.

Atas Katil Saja!

Andai senaman itu satu hal yang meletihkan, anda boleh mencuba aktiviti mudah ini. Sebaik saja celik jangan terus bangun, sebaliknya lakukan senaman di tempat tidur dahulu.

Lakukan bangkit tubi atau senaman kaki dan tangan agar membantu memecahkan lemak di tubuh. Lakukan sekerap mungkin agar kalori dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan.

Katakan Tidak Pada "LIF"

Bagi anda yang tinggal di rumah pangsa, itu sebenarnya satu kelebihan. Elakkan lif, sebaliknya gunakan anak tangga baik ketika waktu pagi atau petang hari. Menaiki tangga mampu melatih otot kaki dan pinggul. Ia juga boleh membakar sehingga 302 kalori.

Lari-lari Anak Di rumah Sendiri

Bagi anda yang sibuk dengan urusan anak-anak di dapur, anda sebenarnya sedang melakukan senaman yang bagus. Terutama ketika berdiri dan berjalan untuk mengambil barang. Berkejar ke sana ke mari menguruskan hal rumah juga satu perkara yang baik untuk anda mengurangkan berat badan.

Ketawa Penawar Gundah

Tekanan boleh membuatkan anda hilang pertimbangan untuk fokus melakukan satu-satu pekerjaan. Sebaiknya gunakan cara paling mudah untuk mengembalikan kesihatan minda. Caranya cubalah ketawa atau mencari aktiviti yang boleh membuatkan anda ketawa.

Ia dapat mengurangkan rasa sakit, meredakan ketegangan malah meningkatkan fungsi kekebalan tubuh. Jadi, jika malah mahu melakukan senaman, apa kata praktikkan senaman mulut yang satu ini.

Paling Syok Teknik Peluk Pasangan

Anda yang berpuas hati dengan pasangan, akan mewujudkan perasaan tenang dalam diri. Ia juga menonjolkan perasaan selesa yang lebih baik kepada tubuh dan juga fikiran. Ia akan bertambah tenang sewaktu anda memeluk pasangan yang anda cintai. Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara Barat, pelukan yang menenangkan boleh membebaskan hormon kortisol sekaligus mengurangkan tujuh peratus tekanan yang dialami.

Limau Purut Rupa Buruk Tapi Kaya khasiat!

Rupa limau purut tidak seindah khasiatnya. Buah yang semakin sukar ditemui ini mempunyai khasiat:

  • Segarkan dan wangikan badan.

Cara guna: Gosok buah itu di bahagian ketiak bagi membuang daki yang melekat. Gosok juga ke kepala untuk mengembalikan kesegaran kulit kepala

 

 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2muEuUX via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close