loading...

Perlu Ke Garang Dengan Anak? Ini Luahan & Cara Datuk Ziela Besarkan Anak-anak Tanpa Suami

Datuk Ziela Jalil,47, seorang ibu yang penyayang namun tegas mendidik anak-anaknya. Ia satu tanggungjawab berat kerana membesarkan anak-anak seorang diri setelah suami tercinta Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, pergi menemui Ilahi pada tahun 2008. Ketika itu anak-anaknya masih kecil, mereka tidak memahami erti kehilangan.

Bukan mudah untuk Datuk Ziela membesarkan tiga orang anaknya seorang diri. Namun beliau perlu kuat semangat demi orang tersayang. Mengingati amanah arwah suami yang mahu dirinya menjaga anak-anak dengan baik dan berikan ilmu yang sempurna, Datuk Ziela merasa perlu untuk dirinya melaksanakan amanah itu sebaiknya.  

CARA DIDIKAN ANAK

Ditanya mengenai cara didikan anak-anak, Datuk Ziela Jalil mengakui beliau ibu yang tegas dalam membesarkan anak-anaknya. Tidak ada tolak ansur jika anak-anaknya melakukan kesalahan. Dia akan memberikan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dibuat oleh anak-anaknya. Semua itu untuk mengajar anak-anak agar serik membuat kesalahan dan memperbaiki akhlak mereka.

“Bagi saya perlu dalam sebuah keluarga itu, sama ada isteri atau suami memiliki sifat garang dalam mendidik anak-anak. Dalam rumah tangga saya, arwah lebih berlembut dengan anak-anak. Mungkin orang yang tidak mengenali saya akan anggap saya seorang ibu lemah lembut kerana melihat kepada rupa saya.  

“Semasa arwah hidup, beliau menggunakan pendekatan psikologi. Beliau akan terangkan kepada anak-anak mengapa saya menjatuhkan hukuman kepada mereka. Kini hanya tinggal saya untuk mendamaikan hati mereka. Untuk menghadapinya saya akan dekati mereka setelah masing-masing bertenang. Ia perlukan masa.

“Jika tidak saya dengan siapa lagi anak-anak ini akan mencurahkan perasaan. Saya tidak mahu mereka merujuk kepada rakan-rakan,untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Jika rakan-rakan itu perangainya tidak elok bimbang juga akan mendorong anak-anak kepada aktiviti yang tidak sihat. Itu yang perlu ibu bapa bimbang,”ujar Datuk Ziela yang lebih suka berkongsi masalah bersama anak-anaknya.

Beliau mahu anak-anaknya merasa diri mereka dihargai dan penting dalam hidupnya. Justeru itu sebarang keputusan yang ingin dibuat beliau akan minta pendapat anak-anak dahulu sebelum memutuskan yang terbaik.

INI LUAHAN ANAKNYA SENDIRI...

Kesempatan berjumpa anak dara sunti yang bakal bergelar doktor ini dimanfaat sebaiknya. Dia memiliki sifat manis dan lembut seperti ibunya. Murah melemparkan senyuman. Apabila ditanya tentang ibunya, ini jawapan Julia.

“Mama seorang yang luar biasa hebatnya. Julia kagum kerana walaupun mama ibu tunggal, beliau seorang yang kuat dan sentiasa bertawakal kepada Allah SWT. Mama juga anak tunggal, beliau berdikari dan menguruskan segala-galanya sendiri tanpa bantuan adik-beradik.

“Terlalu banyak yang telah mama berikan dan lakukan untuk kami. Sejujurnya memang kami tidak mampu membalas jasanya. Sebagai anak sulung, segala masalah dan beban yang mama lalui, kami sekeluarga harungi bersama. Bak kata pepatah, berat sama  dipikul, ringan sama dijinjing. Walau bagaimanapun, kadang kala Julia tidak dapat menunaikan tanggung jawab Julia sebagai seorang anak dengan sempurna kerana terlalu sibuk dengan pelajaran.

“Sebagai tanda ingatan, sudah menjadi rutin kepada kami membeli bunga dan menyambut lahir lahirnya. Mama selalu pesan hadiah paling berharga yang kami seharusnya beri kepada mama dan Allahyarham abah adalah dengan menjadi anak-anak yang berjaya dalam agama dan pelajaran kami,”ucap Julia sempat memberikan kata-kata penghargaan buat mamanya.

‘Kepada Mama, Your love is ever lasting and you hope for nothing in return, and that we can only learn from and give back to you. We love you so much and we will always be the best version of us that we can, and hopefully make you proud’.


 

Baca di website

from cerita cover http://ift.tt/2mOJOBj via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close