loading...

9 Cara Didik Anak Komited Solat Yang Ibu Ayah Kena Buat!

Solat adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. Jika diberikan pendedahan awal sejak kecil, ia akan menjadi sebati dalam diri. Berikut  9 panduan mendidik anak untuk komited melakukan solat.

1.Dengar azan

Apabila tiba waktu solat, biarkan anak mendengar azan di televisyen atau radio. Ajarkan cara menyahut azan. Ajari mereka berhenti berbual. Anda perlu memberi isyarat supaya senyap semasa azan.

2.Doa selepas azan

Anda akan mengetuai untuk membaca doa selepas azan. Ajarkan anak  untuk ikut dan mengaminkan doa. Jadikan ia amalan setiap hari. Juga boleh dipraktikkan di rumah atau di dalam kereta.

3.Cara wuduk

Anda akan menunjukkan cara  wuduk. Semak juga cara bagaimana anak mengambil wuduk. Jangan lupa tampal, langkah demi langkah bergambar di bilik air supaya mudah mereka mengikutinya. Selepas habis sahaja, azan suruh mereka mengambil wuduk. Lakukan secara konsisten setiap hari. Wuduk adalah cara pertama untuk mendidik anak solat. Wuduk yang sempurna menjadikan solat lebih sempurna.

4.Didik solat

Setiap kali solat, ajak anak solat dengan cara berjemaah. Ia dilakukan setiap kali waktu solat.

5.Dengarkan bacaan dalam solat

Untuk permulaan, semasa solat, anda digalakkan kuatkan sedikit bacaan dalam solat supaya dapat mendengar dan mengikutinya. Secara tidak langsung, anak akan menghafal bacaan dan surah-surah lazim.

6. Bacaan doa

Selepas wirid, anak turut bersama-sama membaca doa. Jika boleh bacakan doa dalam Bahasa Melayu. Selitkan doa menjadi anak yang baik, rajin solat, rajin belajar dan menghormati ibu bapa. Juga sebutkan nama setiap anak dan biarkan mereka mendengar doa itu kepada Allah. Cara ini mampu melembutkan hati mereka.

7.Bacaan wirid

Selepas solat, galakkan kanak-kanak supaya membaca wirid. Lama-kelamaan kanak-kanak turut hafal jika diperdengarkan wirid yang sama.

8.Salam

Bersalaman selepas solat, cara ini dapat merapatkan ikatan antara anda dan anak.

9. Surau atau masjid

Anda boleh selalu membawa anak ke masjid atau surau, supaya anak  dapat praktis dan melihat bagaimana orang lain solat mengikut imam.

 


 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2nlOq5u via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close