Gambar Evolusi PM Dari Kecik Sampai Skang.. Yang Mana Korang Suka ..
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu
perkongsian di laman sosial miliknya berkongsi tiga perubahan wajahnya
dalam satu kad.
Berkongsi di Facebook dan laman mikro Twitter rasminya, Najib berkata,
paparan evolusi wajahnya itu adalah hadiah yang diterimanya daripada
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Evolusi saya dilihat dari kad pengenalan. Kemerosotan dan pemutihan
rambut yang ketara. Hadiah daripada Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia. Terima kasih," tulis Najib.
Perkongsian Najib itu menerima lebih 24,000 'like' dan lebih 2,300 'shares' setakat berita ini ditulis.
Pelbagai komen netizen juga dapat dilihat di bawah gambar yang dimuat naik Najib.
Nik Suryati Ibrahim menulis, "memang lain sungguh Datuk Seri,"
sementara menurut Khairullah Hairudin pula, "sungguhpun begitu, Datuk
Seri tetap kacak lagi bergaya. Semoga panjang umur."
Tidak kurang juga yang menganggap ia bahan jenaka. Pemilik akaun
Facebook menggunakan nama Haji Mohd Azhar Zamri menulis, "Hahahaha ini
lawak Datuk Seri."
Tanggungjawab JPN
Untuk makluman, JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam
Negeri. Ia bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap
individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan (proses
anak angkat), perkahwinan dan perceraian.
Di samping itu, JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf
kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu
dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak.
JPN ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan - kawasan
Pendaftaran) 1948 dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk
menentang ancaman keselamatan.
Peraturan-peraturan ini memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan
memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun ke atas.
kredit: Sinar Harian
loading...
loading...
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment