loading...

Sedih Bila Bercerai, Ibu Tunggal Ini Tekad Buktikan Yang Dia Mampu Buat Walau Hidup Tanpa Suami!

Walaupun sudah tujuh tahun menempuhi hidup tanpa lelaki bergelar suami namun Sakilla Hanis Mohamed, 38 atau lebih senang disapa dengan panggilan Killa mampu menyara tiga orang anaknya. Malah dia juga kini sudah bergelar kontraktor wanita yang berjaya.

APA YANG WANITA INI BUAT

1. Pegang kata-kata yang diungkap untuk dirinya dan ibu tunggal di luar sana, “Bangunlah! Bersemangatlah! Senyumlah! Kita insan yang terpilih.

2. Muhasabah diri dan terus-terusan perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan diberkati Allah.

3. Pedulikan apa sahaja kata-kata yang melemahkan. Kita insan dan wanita yang kuat!”

INI CERITA LEPAS...

“Saya berkahwin pada tahun 2006 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Pada awal perkahwinan lagi saya telah berkecimpung di dalam bidang perniagaan. Semasa mengandungkan anak yang pertama terhasillah sebuah ladang orkid saya dan suami ketika itu.

Alhamdulillah berkat usaha, saya berjaya menjadi petani contoh dan petani terbaik negeri Selangor serta memasuki beberapa pertandingan orkid peringkat kebangsaan dan menang beberapa kategori antara orkid terbaik. Kejayaan saya makin kemuncak di mana perniagaan yang saya jalankan membuahkan hasil.

DIDUGA BERCERAI

“Namun langit tidak selalu cerah, rumah tangga saya dilanda musibah. Saya bercerai dengan suami pada tahun 2010 dan ketika itu anak-anak masih kecil. Yang paling menyedihkan penceraian saya telah membawa satu titik hitam iaitu segala apa yang saya usahakan (perniagaan saya dan ladang orkid saya) habis musnah. Bermulalah kehidupan 'struggle' saya bersama-sama anak-anak.

“Saya dilanda kemurungan selama tiga bulan. Anak-anak saya abaikan. Arwah abah dan maklah orang yang menjaga saya dan anak-anak ketika itu. Sehingga satu ketika arwah abah panggil dan nasihat. Malam selepas peristiwa abah menasihati saya, saya menangis sepuas-puasnya. Alhamdulillahlah keesokan hari satu semangat baru datang dalam diri dan saya tekad bangun dan belai semula anak-anak saya.

“Allah sentiasa bersama-sama dengan hambanya yang sabar. Saya diberi peluang oleh Lembaga Zakat Selangor dalam bantuan perniagaan dan juga Jabatan Pertanian. Saya mula balik dari bawah. Kebangkitan saya diiringi doa dan kata-kata semangat daripada arwah abah dan mak. Pada tahun 2012 saya dinobat sebagai Usahawan Asnaf Terbaik dan diberi penghargaan dan hadiah berupa wang tunai, sijil, dan set persalinan Melayu oleh Sultan Selangor,” ujar Killa yang cukup bersemangat mahu berkongsi kisah hidupnya bersama pembaca Mingguan Wanita.

ABAH PERGI...

“Sekali lagi saya diuji pada tahun 2015 saya jatuh dalam perniagaan semula atas sebab rakan kongsi perniagaan saya berbuat perkara yang tidak baik di atas kepercayaan yang diberi. Di saat saya dan anak-anak memerlukan seorang ketua keluarga, abah saya yang menjaga kami anak beranak sejak saya menjadi ibu tunggal, dipanggil menghadap Ilahi. Ya Allah dunia seakan menghempap saya. Dengan siapa lagi saya boleh berkongsi cerita dan mendapat kata nasihat. Selama ini abahlah tempat saya mengadu, tempat saya berpaut. Di mana saya bekerja pasti abah bersama. Apa pun yang hidup pasti akan mati..

“Sekarang saya berdikit untuk bangun semula dan kejatuhan tak pernah membuat saya terus berduka dan merenung nasib. Berapa kali jatuh bangun pun kita, yang penting bangunlah kembali. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dan berusaha. Anak-anak dan mak penguat saya. Saya kena dan wajib terus kuat untuk anak-anak dan mak.

“Pengalaman pahit juga saya alami iaitu dianiaya oleh rakan niaga. Sehingga along pemungut hutang mencari saya kerana rakan niaga telah silap percaturan menggunakan nama syarikat atas pinjaman dia. Alhamdulillah saya berusaha selesaikan sebanyak RM26 ribu walaupun itu bukan masalah daripada saya,” jelas Killa yang sudah terlibat dalam dunia perniagaan kontraktor iaitu melakukan kerja sivil dan pertukangan selama 10 tahun.

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2nhucdm via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close