Disclaimer: Terdapat imej-imej yang tidak berapa menyenangkan.
Setakat
tempoh 36 tahun ( 1960-1996), ia telah meragut seramai 180 nyawa
manusia yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah berat. Ini belum
dikira dari semenjak Penjara Pudu pada tahun 1895, di mana beribu-ribu
dipercayai mati di tali gantung kerana melakukan pelbagai kesalahan
berat seperti membunuh, menculik dan mengedar dadah.
Dalam
zaman Jepun dipercayai ramai tahanan-tahanan perang yang dijatuhkan
hukuman di sini termasuklah orang-orang Cina yang menjadi tahanan
perang. Kegerunannya dirasaikan oleh sesiapapun apabila ianya
disebut-sebut dan diceritakan.
Begitulah
badi yang ditinggalkan oleh bilik maut Penjara Pudu. Kalau hendak
disingkap peristiwa yang terakam di dalam Penjara ini memang sangat
banyak. Antaranya:-
Kejadian
Doktor Radzi bin Jaffar yang dijadikan tebusan pada 16hb Oktober 1986
adalah yang paling bersejarah. Punca kejadian, di klinik penjara apabila
sekumpulan banduan yang diketuai oleh Jimmy Chua telah menahan dan
menjadikan dua pegawai perubatan dari Hospital Besar yang membuat
pemeriksaan sebagai tebusan. Bagaimanapun, kejadian yang menggemparkan
negara malah di seluruh dunia itu berakhir pada pukul 5.40 pagi pada
22hb Oktober 1986, apabila Unit Tindakan Khas (UTK) yang diketuai oleh
Datuk Zaman Khan menyerbu dan menyelamatkan tebusan tanpa pertumpahan
darah.
![]() |
Bilik Gantung Penjara Pudu digunakan sejak 1960, seramai 180 pesalah menjalani hukuman disini |
Sementara
itu 2 rakyat Australia, Brain Geoffrey Chamber, 28 tahun dan Kevin
Barlow, 27 tahun, menjadi rakyat asing pertama dihukum gantung di
penjara ini, iaitu pada subuh o7hb Julai 1986 kerana mengedar dadah di
Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pulau Pinang dalam tahun 1983.
Wong
Swee Chin ( Botak Chin) merupakan pejenayah yang paling terkenal yang
dihukum gantung di Penjara Pudu kerana kesalahan senjata api. Kes
perbicaraan Botak Chin menarik perhatian ramai kerana beliau ( Botak
Chin) dikatakan merompak dari orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada
rakyat yang miskin, ala- Robin Hood.
Hau
Tsui Ling, 30 tahun seorang pelayan kelab malam rakyat Hong Kong,
menjadi wanita asing pertama dihukum gantung di Penjara Pudu kerana
kesalahan mengedar dadah bersama 7 orang lelaki Hong Kong di Lapangan
Terbang Bayan Lepas dalam tahun 1983. Belau digantung pada tahun
1989.Menjadi hukum karma, setiap perbuatan yang baik pasti akan dibalas
dengan baik, begitulah sebaliknya.
![]() |
Hukuman Rotan Yang DiJalankan Di Penjara Pudu |
![]() |
Mona Afendy. Pernah ditahan di Penjara Pudu sebelum dipindahkan ke Penjara Kajang pada 2 nov 2001 untuk digantung.. |
SEJARAH PENJARA PUDU
Penjara
Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang
Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar.
Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah
siap sepenuhnya pada tahu 1895.
![]() |
Penjara Pudu siap dibina 1895 menyerupai Penjara Kindy Bogambia berbentuk X. |
Bagi
blok pentadbiran dan dapur pula, ia mula dibina pada tahun 1892 dengan
kos pembinaan sebanyak RM28,700.00 dan RM 3,775.00 (harga pada tahun
1800an). Pada asalnya bangunan pentadbiran terdiri dua tingkat yang
menempatkan pejabat “Gaoler", pejabat kerani, stor, bilik pemeriksaan
dan bilik pengawal.
Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.
Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital". Bangunan dapur ini mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.
Sebelum
bangunan utama penempatan banduan siap dibina, lima buah bangunan
sementara telah dibina bagi menempatkan banduan-banduan yang menjalankan
kerja-kerja pembinaan. Bangunan tersebut telah dibina dalam kawasan
tembok penjara. Bangunan penempatan utama telah mula dibina pada bulan
November, 1891 dan siap pada bulan Mac, 1892.
Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.
Bangunan penempatan utama ini mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat. Setiap blok dipisahkan oleh pintu pagar yang berkunci. Ia dibina dengan harga RM 84,886.00.
Pada
tahun 1894 sewaktu lawatan Residen British, beliau telah mencadangkan
agar dibuat pertambahan sebanyak 54 bilik lagi untuk disambung di Blok C
dan D. Kerja-kerja penyambungan ini telah siap dibuat pada tahun 1895.
Blok
D telah menempatkan bilik akhir dan bilik gantung. Dari tahun 1960
hingga 1993, seramai 180 pesalah telah menjalani hukuman gantung sampai
mati disini.
Muatan
asal Penjara Pudu pada awal pembinaannya hanyalah seramai 600 orang
pesalah. Setelah kemasukan yang kian meningkat, pembinaan baru telah
dibuat, sehinggalan penjara ini mampu menampung 2,000 orang pesalah
dengan kadar muatan selesa.
Pada
tahun 1985 penjara bersejarah ini telah memcatatkan jumlah bilangan
banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa.
Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.
![]() |
Ruangan dalam penjara yang suatu ketika dahulu dipenuhi dengan banduan |
Kumpulan
banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra,
Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang. Sebelum penjara ini
diwartakan sebagai penjara reman, terdapat beberapa kategori banduan
telah ditempatkan iaitu banduan jatuh hukum, banduan akhir, banduan
buang negeri, banduan buang tempatan, banduan seumur hidup dan banduan
seumur hayat.
Penjara
yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah
mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang
Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan
tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000
liter cat
Kepesatan
pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri
keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat
menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini
terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100
tahun digunakan.
Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini telah pun dirobohkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.
Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini telah pun dirobohkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.
![]() |
Komplek Penjara Pudu diwaktu malam. Semuanya hilang bila Bangunan Bersejarah ini telah dirobohkan. |
Kredit: http://laksamanabukitbintang.blogspot.my |
Blogger Comment
Facebook Comment