loading...

Topik Khas: ADAKAH MALAYSIA BERSEDIA UNTUK NEGARA BERPENDAPATAN ASAS SEJAGAT (Universal Basic Income)?

Sekali dengar, dah macam negara komunis. Kau usaha kuat, apa yang kau dapat, kita bagi sama rata untuk satu negara [citation needed]. Namun, apa yang kami ingin bincangkan di sini adalah dari perspektif kemajuan sains dan teknologi sehingga negara mampu memperolehi pendapatan daripada pelbagai sistem automasi (sistem tanpa kendalian manusia) lalu hasil pulangan dikembalikan kepada rakyat. Kali ini tidak lagi melalui pemberian BR1M, tetapi pendapatan pasif untuk semua!

PENDAPATAN UNTUK SEMUA

Cuba bayangkan jika anda tidak perlu bekerja. Anda pemilik restoran, tetapi tiada chef. Anda pemilik syarikat pengangkutan tetapi tiada pemandu. Anda pemilik beberapa buah hotel tetapi tiada penyambut tetamu. Anda pemilik bank tetapi tiada kerani bank? Seronok bukan? Banyak kos dapat dijimatkan betul tak? Dengan pendapatan percuma ini, produktiviti hidup anda dapat dipertingkatkan, taraf kesihatan penduduk Malaysia semakin baik, kemiskinan disifarkan, jenayah dikurangkan, pendidikan saksama diterima oleh semua sekaligus dapat meningkatkan kualiti hidup anda. Keadaan makin bertambah selesa apabila sistem automasi telahpun membantu rutin harian manusia.

Terdapat beberapa negara yang telahpun menjalankan eksperimen untuk memberi pendapatan pasif pada rakyatnya. Walaupun bukan pada skala besar, namun impaknya dinikmati oleh sebahagian rakyat yang memerlukan:

1. Finland telahpun mengimplimentasikan program UBI ini dan mampu menyara hampir 2,000 orang rakyatnya secara rawak pada kadar $587 sebulan.

2. India sedang merancang untuk melaksanakan sistem ini bagi membantu pekerja yang telah dibuang kerja gara-gara sistem automasi telah mengambil-alih tugas mereka.

3. Ahli politik Kanada dari pelbagai parti senada untuk melaksanakan program ini yang mana akan memberi jaminan pulangan kepada rakyat.

PERSOALAN

Kesemua ini berjalan lancar bagi pihak saintis yang membina sistem automasi tersebut. Namun, masih banyak kajian perlu dilaksana untuk hasil yang lebih efektif terhadap rakyat jelata. Sebagai contoh, berapa banyakkah nilai wang yang perlu dibahagikan kepada rakyat? Adakah sekadar menyara perbelanjaan Jabatan Kebajikan dan Masyarakat? Apakah dengan saraan percuma ini, rakyat Malaysia akan semakin malas untuk berusaha lebih? Adakah cukup dengan hanya memberi wang sehingga melepasi garis miskin? Adakah sekadar mencukupi untuk membatu pekerja yang hilang pekerjaan gara-gara pengambil-alihan tugas oleh robot? Mampukah Malaysia melaksanakan sistem UBI ini?

PANDANGAN BILL GATES

Beliau pada dasarnya tidak membantah program UBI ini. Menurutnya, kebanyakan negara akan mampu untuk mengimplimentasikan program ini namun masih terdapat pelbagai pekerjaan yang perlu dilakukan seperti membantu sesama insan, membantu kanak-kanak yang memerlukan keperluan khas dan menghasilkan lebih ramai guru dalam bidang pendidikan.

Walau hakikatnya ramai yang risau dengan kemajuan sistem automasi yang akan mengambil alih tugasan manusia, beliau percaya teknologi akan membuka lebih banyak peluang untuk sesebuah negara meraih imbuhan wang bagi membantu sektor-sektor keperluan manusia. Kerajaan juga boleh menggunakan pendapatan ini untuk menghasilkan peluang pekerjaan baru bagi memenuhi keperluan graduan yang menganggur dalam bidang-bidang seperti bioteknologi, pertahanan negara, persenjataan, penerokaan angkasa dan pelbagai lagi. Kenapa contoh ini disebut? Kerana, bidang-bidang ini memerlukan makmal dan kelengkapan yang canggih untuk terus maju.

KESIMPULAN

Buat masa ini, tiada kata putus pro dan kontra dapat diberikan kerana program UBI baru sahaja di peringkat permulaan. Pelbagai analisa dan dapatan data baru diperlukan bagi memahami keperluan dan pulangan yang bakal / telah dijana. Adakah mencukupi? Adakah dengan sistem automasi, pihak bank telah berjaya menjana wang dengan lebih banyak setelah membuang ramai pekerja? Adakah anda pengguna Uber di luar sana mendapat pulangan wang yang mencukupi? Dipersilakan jadi tajuk tesis ni kalau nak. Salam sejahtera.

Artikel ini diolah dan dibincang dalam konteks negara Malaysia dari sumber: http://ift.tt/2mBLDT2

from Root of Science http://ift.tt/2mrvpw2 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close