loading...

10 Universiti Paling Mahal Dunia Cecah RM270k Setahun

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka terutamanya melibatkan pendidikan.

Namun, bagi mendapatkan yang terbaik, sudah tentu melibatkan perbelanjaan yang besar apatah lagi memasuki peringkat universiti.

Jika anda rasa IPT di Malaysia dianggap sangat mahal, korang kena tengok harga belajar selama setahun di 10 universiti paling mahal di dunia ini!

10. Bard College

Terletak di pusat bandar New York, kos pengajian setahun mencecah USD57, 500 (RM252,500)

9. University of Chicago

Antara universiti yang memiliki sejarah menghasilkan ahli akademik terbaik dunia, yuran pengajian setahun mencecah USD58,000 (RM257,000).

8. Drexel University

Berpangkalan di Philadephia dan dikenali sebagai “universiti penyelidikan swasta”. Yuran setahun mencecah USD58,000 (RM257,00).

7. Dartmouth College

Terletak di New Hampshire, purata yuran tahunan turut mencecah USD58,000 (RM257,000).

6. Claremont McKenna College

Satu lagi universiti berpangkalan di California. Hanya USD58,000 (RM257,000) setahun.

5. Wesleyan University

Tampak seperti bangunan lama di England sehingga dilabel sebagai “kolej seni liberal swasta”. Ditubuhkan pada 1831, yuran pengajian setahun memakan USD58,000 (RM257,000).

4. Columbia Universiti

Turut berpangkalan di New York, yuran pengajian disini mencecah USD59,000 (RM261,000) setahun.

3. Harvey Mudd College

Jangan biarkan nama itu memperbodohkan anda. Universiti berpangkalan di Claremont, California itu merupakan yang terbaik di Amerika Syarikat dan yuran setahun mencecah USD59,000 (RM261,000).

2. New York University

Terletak di Greenwich Viilage, setiap pelajar perlu membayar USD60,000 (RM265,000) setahun.

1. Sarah Lawrence College

Namanya mungkin tidak semegah Harvard, Yale mahupun Oxford namun berdasarkan kos pengajian disitu, sudah tentu ada sesuatu yang membuatkan ibu bapa dan pelajar sanggup membayar mahal.

Terletak di New York, kos pengajian setahun mencecah USD61,000 (RM270,000).

Sumber: dailyentertainment.me

from HANASUVA http://ift.tt/2nMnBFd via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close