loading...

8 Tip Lembutkan Kata-kata Kasar Si Kecil, Kena Bertenang Barulah Mak Menang!

Anak-anak kecil ini sifatnya mudah terpengaruh, mengikut apa yang diperhatikan di sekelilingnya. Kalau pun mak ayah tak pernah berkasar, tapi ada anak-anak yang kasar tutur katanya.

Barangkali pemerhatian dari TV, Internet mahupun kawan-kawan seusianya yang ada habit berkata kasar. Ia tingkat laku negatif, Puan Wan Rohani Ismail berkongsi panduan buat mak ayah. Apabila berhadapan situasi sebegini, lenturkan kata-kata kasar anak-anak dengan cara terbaik ini.

Tip 1:

Hanya beri perhatian dan respons pada tingkah laku yang baik/positif.

Tip 2:

Sekiranya anak berkata kasar ketika sedang marah, biarkan sahaja dahulu. Menasihati orang yang sedang marah ibarat mencurah air ke daun keladi.

Tip 3:

Gunakan waktu anak dalam keadaan seronok, gembira, tenang. Waktu begini anak mudah dipengaruhi.

Tip 4:

Ikut apa yang Rasulullah (selawatlah ke atas baginda). Sentiasa mebalas kebaikan walaupun dilempar dengan keburukan. Cerita bagaimana Rasulullah memberi makan wanita tua yang selalu bercakap buruk dan kasar tentang Nabi.

Tip 5:

Dalam Quran, antara perkataan yang banyak kali diulang adalah 'muhsinin' iaitu orang yang membuat kebaikan. Allah mengasihi orang yang berbuat kebaikan. Ganjaran pahala dan syurga. Sentiasa ingatkan anak dan diri sendiri.

Tip 6:

Awasi kata-kata yang keluar daripada mulut ibubapa. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus.

Tip 7:

Sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak. Antara doa yang boleh diamalkan adalah:

  • "Ya Allah, jauhkan kebatilan yang ada di sekeliling anakku (sebutkan nama anak)"
  • "Ya Allah, lindungi dan pelihara kami dari hasutan syaitan yang sentiasa menyesatkan."

Tip 8:

Didik anak supaya sentiasa membuat penilaian sendiri ke atas setiap perbuatan, kata-kata dan apa yang mereka mahu lakukan. Ini berkaitan kawalan diri dan emosi.

Orang yang tenang sentiasa menang.

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2nKSJ8H via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close