loading...

Anda Kemurungan Jika Ada Tanda Ini, Rawat Dengan 4 Cara Hipnosis Diri

Isteri bila murung, suami mula susah hati. Tapi bila isteri alami kemurungan, suami perlu risau dan ambil peduli. Sebabnya penyakit kemurungan boleh jejaskan emosi, fizikal malah mengubah sikap seorang isteri.

Dia tak lagi macam yang anda kenali. Akalnya jadi tak menentu. Jangan sekali-kali suami bawa diri bila isteri tunjukan perubahan sikap sebegitu. Mereka perlukan anda untuk membantu atasi kemurungannya.

Penting!

Kemurungan memerlukan banyak perhatian dari seseorang atau dari orang yang kita sayangi.

Ya, Kemurungan.. Penyakit Boleh Dirawat

  • Kerana ianya ada banyak kaitan dengan perkara-perkara yang telah dan akan berlaku seperti kesedihan dan kerisauan yang dialami dan tak boleh dipadamkan dari ingatan. Memori ini mempengaruhi emosi yang mendalam seterusnya mengawal mental seseorang.
  • Ia juga melibatkan pemikiran yang negatif, membabitkan pergerakan fisiologi yang berkurangan, iaitu berkelakuan lemah, lesu dan tidak aktif untuk membuat apa saja perkara termasuklah menghias diri atau mengambil berat perkara yang berlaku di dalam rumah.
  • Kemurungan juga akan membuat seseorang itu tidak boleh berfikir, berfikiran buntu, sering bercakap sendiri dan tanpa makna serta lebih kepada kemarahan, terjerit jerit sendiri dan juga adakalanya mendengar suara-suara halus yang sering mempengaruhi minda mereka. Terlebih stres dan kemarahan juga akan termasuk dalam pembawakan perasaan murung ini.
  • Jika kemurungan diturutkan dan tidak dibaiki dengan segera, ia akan memakan masa yang lama untuk dirawat. Ramai yang akan berjumpa dengan bomoh atau dukun untuk mendapatkan rawatan tradisional dan Islamik. Mereka akan menyangka kemurungan ini disebabkan gangguan orang halus dan juga saka yang diwarisi secara turun menurun.Akhirnya, jika rawatan ini gagal, pesakit ini akan dirujuk kepada hospital dan mereka akan di letakkan di wad psikiatri dan diberi ubat penenang
  • Rata-rata, kemurungan ini adalah disebabkan tekanan perasaan emosi dan juga mental akibat kekecewaan, stres dan kesedihan yang melampaui serta berada di alam fantasinya yang tersendiri.

4 Cara Merawat Kemurungan

Belajar Melupakan Dalam 21 Hari, Atau...

Mengikut kajian psikologi, apa sahaja kesedihan emosi akan berlalu dan mampu dilupakan dalam masa 21 hari. Seorang isteri perlu melupakan atau menerima hakikat kejadian tentang apa yang telah berlaku.

Be Positive!

Kehidupan harian isteri itu hendaklah dalam keadaan yang positif serta didampingi oleh orang-orang yang disayangi dan dicintai. Tidak boleh terlampau memikirkan masalah serta tidak boleh berkurung di dalam kawasan selesa diri.

Berikan Bilik Cahaya & Udara Yang Cukup

Keadaan persekitaran bilik haruslah memiliki cahaya serta berudara yang positif. Isteri juga perlu mengisikan masa beliau dengan kerja-kerja yang menafaat atau melakukan sesuatu perkara yang baru.

Walau Pedih, Belajarlah Memaafkan

Memaafkan kesilapan seseorang itu akan membuatkan seseorang isteri berasa lebih yakin dengan dirinya  dan mampu melupakan kesakitan hati dan kesedihannya.

Dengan kerjasama: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forensic Psychologist, Change Management Specialist, Self Hypnotist & Hypnotherapist.

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2oTCAx1 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close