Gambar dress tersebut telah dimuat naik oleh seseorang di Tumblr: Swiked.
Namun, sehingga kini masih ramai yang tidak tahu jawapan sebenar dan masih tertanya-tanya serta tidak pasti apakah dress itu berwarna putih emas ataupun biru hitam. Ada mata yang melihatnya putih emas dan ada juga yang melihatnya biru hitam. Mana satu yang betul ni? Pelbagai debat telah dilakukan oleh pengguna media-media sosial, semata-mata ingin menegakkan warna apa yang mereka nampak.
Misteri warna dress berkenaan masih belum terungkai.
Admin pun pening!
Admin sendiri nampak dress ini berwarna biru cair dan emas pudar! Sekarang, beritahu kami, apa yang anda nampak?
Sumber: BuzzFeed
(JAWAPAN TERKINI)
Okey, ini penjelasan mengenai perbezaan warna yang kita nampak pada dress tersebut:
Pada tahun 2009, saintis bernama Jay Nietz yang juga merupakan seorang saintis penglihatan warna telah menjalankan satu kajian bagaimana otak manusia memproses cahaya yang diterima sel-sel di luar mata.
Ini jawapannya.
Ia bergantung kepada bagaimana otak anda bersambung .
Jikalau anda seorang 'left brained', yang lebih banyak menggunakan otak kiri dan saraf-saraf otak anda lebih kepada otak kiri, anda akan nampak dress tersebut lebih kepada warna putih dan emas.
- Ini adalah kerana otak kiri anda akan memproses cahaya yang terang seperti putih dan emas. Selain itu otak kiri anda menguasai lebih 'neurons' daripada 'optic nerve' yang bersambung dengan 'hemisphere' otak kiri anda.
- Seorang pengguna otak kiri akan lebih mengutamakan logik dan secara amnya mengutamakan matematik dan bahasa. Mereka yang 'left brained' boleh menghafal setiap lirik lagu dan mengingatnya sewaktu sebuah lagu sedang dimainkan.
- Ini adalah kerana 'hemisphere' otak di sebelah kanan akan memproses warna-warna gelap seperti hitam dan biru. Serta seorang yang 'right brained' akan mempunyai lebih banyak 'neurons' yang daripada 'optic nerve' yang bersambung di 'hemisphere' sebelah kanan.
- Seorang yang 'right brained' secara keseluruhannya merupakan seorang yang kreatif, imaginasi yang tinggi, menyukai seni dan mampu mengingat melodi sebuah lagu sewaktu lagu itu dimainkan.
Blogger Comment
Facebook Comment